Thursday, January 12, 2012

Rumah Wardina Safiyyah kena Rompak.




Menakutkan ! lebih-lebih lagi bila perompak masuk rumah dengan senjata. Kalau setakat hilang laptop dan harta benda kita tak kisah. Mujurlah tidak ada yang cedera, kalau ada yang cedera atau terkorban bagaimana? Pasti akan terjadi sejarah hitam yang akan dikenang sampai bila-bila. Trauma kepada anak-anak yang masih kecil, kesian mereka masih belum mengerti apa-apa. Bagaimana perompak itu boleh masuk ke dalam rumah dengan mudah? rumah tidak ada geriji kah? tidak ada alarm kah? tidak ada cctv kah ?  sehingga perompak boleh masuk dengan mudah tanpa disedari? Kalau ada cctv pun waktu tidur kita bukan pantau cctv. Orang jahat sentiasa mencari peluang sekiranya ada ruang memang mereka tidak akan lepaskan peluang yang ada. Ermmm...Bila sudah terjadi  perkara begini tidak ada apa lagi yang perlu diperkatakan hanya ucapan takziah untuk Wardina sekeluarga tabahkan hati dalam menempuh dugaan.

https://twitter.com/#!/WardinaSafiyyah

Anjing digunakan untuk memberi amaran awal kepada orang asing yang tidak dikenali. Anjing juga akan memberitahu tuan rumah bahawa ada sesuatu yang asing menghampiri kawasan rumah mereka. Sekurang-kurangnya kita bersedia dengan handphone untuk telefon polis atau bagitau jiran-jiran terdekat. Belum sempat kita nak tel jiran bila anjing menyalak jiran dah intai dari tingkap. Bila situasi begini berlaku kadang-kadang anjing perlu digunakan untuk menjaga keselamatan rumah, keluarga & harta benda. Bukan kita nak bela suka-suka. Memandangkan keadaan sekarang ramai orang jahat  maka harus bagi kita mencari anisiatif atau jalan untuk menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda. Teruskan berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t  mencipta anjing yang pintar untuk kegunaan manusia, semua ciptaanNYA tidak akan sia-sia.

*1 ekor anjing boleh jaga 1 ekar tanah atau lebih. Dengan kelebihan yang ada pada anjing walaupun dia bertugas di depan rumah tetapi dia boleh mengesan pencuri yang akan masuk melalui pintu belakang. Instinct anjing tidak sama dengan manusia. Radar anjing lagi berkesan. Anjing digunakan oleh pasukan tentera seluruh dunia untuk mengesan dan menjaga kawasan-kawasan mereka. Anjing juga digunakan untuk menjaga pintu gua ketika 7 pemuda sedang tidur didalamnya. Sememangnya ALLAH s.w.t menciptakan anjing untuk menjadi pengawal sejak zaman dahulu lagi. Hebatnya ciptaan tuhan. Pengajaran "Jgn hina orang bela anjing" 

1 comments:

YuSn!t@ said...

Ya, saya setuju sangat dgn Kittun. Pelihara bukan untuk hiasan atau buat mainan. Tapi jgn la kita pelihara lepas tu tak jaga. Kesian juga, kena jaga kebersihan, kena bagi kasih sayang, kalau anjing tu berbau sebab tak mandi pun kita sebagai tuannya rela ke nak cium? sentiasa menjaga kebersihan dan ksihatan anjing tu...

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA-MANA PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYALIN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA-MANA INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers