Monday, December 5, 2011

Haiwan Apakah Ini?

Malayan Civet


U all kenal tak apakah binatang ini ? Dia telah menceroboh rumah saya dan akhirnya dikepung oleh kedua-dua anjing saya pada jam 3:00am. Saya bingkas bangun angkat senjata terkejut kerana kedua anjing saya menyalak dalam keadaan luar biasa sekali. Kalau ada kucing yang terlepas salakan biasa-biasa saja ini tidak. Tidak pernah mereka menyalak sebegitu kuat gara-gara seekor haiwan kecil ini. Dia berjaya ditangkap dengan bantuan anjing-anjing saya. Mereka mengepungnya dan elak dia masuk ke dalam carrier. Saya takut juga nak menangkap haiwan kecil ini. Risau kalau digigit. Saya kurang pasti apakah dia, Musang atau bokbong ? Sesiapa tahu species apakah ini ? Dia nampak comel tapi sayang saya tidak boleh memeliharanya. Kini saya membawanya ke Klinik Haiwan untuk rawatan. Bimbang sekiranya anjing-anjing saya mengigitnya malam tadi. Mengikut penelitian doktor ,dia dalam keadaan baik tiada apa-apa kecederaan yang berlaku. Saya risau sekiranya dia cedera. Agak sukar untuk dia kembali ke hutan sekiranya berlaku kecederaan. Susah baginya untuk mencari makanan. Syukurlah semuanya baik dan dia akan kembali ke hutan seperti biasa. Terima kasih kerana melawat rumah saya, jumpa lagi.

0 comments:

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA-MANA PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYALIN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA-MANA INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers