| Satria, memiliki rottweiler satu pengalaman yang mencabar. |
Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk sedikit, masa untuk membawa shinu & satria beriadah sangat-sangat terhad. Kebiasaannya hari minggu saya akan bawa mereka jalan-jalan ke pantai. Saya memilih pantai sebagai tempat beriadah kerana tempatnya yang luas, puas untuk kedua anjing saya berlari riang. Walau bagaimana pun saya akan pastikan kedua anjing saya akan dibawa keluar berjalan-jalan disekitar kawasan kejiranan setiap hari. Sekiranya waktu petang tidak sempat saya akan pastikan waktu malam mereka akan dibawa keluar. Tak kiralah jam berapa kadang-kadang jam 3am pun saya akan bawa mereka keluar.
| Beginilah keadaannya sekiranya saya membawa satria keluar Stream saya hanya muat untuk dia. |
Ada suara sumbang berkata bela anjing sebagai pet adalah satu dosa dan akan mengurangkan pahala setiap hari sebanyak 1 kirat. Anda tahu ke berapa sukatan 1 kirat tu ? dan anda tahu tak berapa ganjaran yang Allah janjikan kepada mereka yang memberi sedekah dengan ikhlas ? Sekiranya anda tahu kelebihan amal pasti akan tahu jawapannya. Memberi makan & minum kepada makhluk Allah itu adalah satu sedekah, memberi tempat tinggal dan layanan yang baik kepada mahkluk Allah satu sedekah, memberi rawatan ketika mereka sakit juga satu sedekah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala menggandakan di kalangan kamu pahala sedekah, sebiji tamar atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga sedekah itu menjadi sebesar Gunung Uhud!"
Sekiranya kita menyedekahkan sebiji tamar dengan ikhlas hati maka ganjarannya adalah sebesar gunung Uhud. Sedekah yang ikhlas akan digandakan oleh Allah Ta'ala daripada sekecil biji tamar lalu menjadi sebesar Gunung Uhud, bagaimana kalau sedekah ikhlas itu sebanyak 1 kg Royal canin (bayangkan kalau sekiranya 1kg ada sebanyak 100 biji kurma) diberikan sedekah kepada makhluk yang harapkan bantuan, maka Allah taala akan menggandakan pahalanya itu sehingga sebanyak 100 kali sebesar Gunung Uhud! MasyaALLAH..100 kali sebesar Gunung Uhud! Allah itu maha Adil lagi maha bijaksana. Dan sedekah itu tidak hanya terbatas kepada manusia sahaja malah kebajikan kepada haiwan juga dikira sedekah.
Saya mempunyai dua ekor anjing, dan kedua-dua mereka adalah haiwan kesayangan saya. Mereka berkhidmat untuk saya dan keluarga. Anjing adalah haiwan yang setia malah lebih setia dari pekerja yang di gaji setiap hari.. Dia sentiasa menunggu tuannya untuk datang bermain. Sekiranya tidak ada waktu bermain cukuplah sekadar bersembang dan bercakap-cakap dengannya. Dia akan faham walaupun kita bercakap dalam bahasa apa sekali pun. Cakap bahasa melayu dia faham, cakap bahasa cina dia faham, cakap inggeris pun dia akan faham juga. Anjing memahami diri kita melalui gerak hati. Itu kehebatan yang dimiliki oleh seekor anjing yang tidak ada pada binatang lain. Rugi rasanya kita manusia tidak menggunakan haiwan bijak ciptaan Allah ini untuk tujuan kebaikan. Tidak kira ia anjing kecil atau besar fungsinya sangat berguna. Anjing kecil contohnya mereka punyai kehebatan menyalak seperti Alarm / penggera. Apabila sesuatu benda yang di kira asing, mereka akan memberi amaran tanpa henti. Dari jauh mereka akan menyalak tujuan untuk memberitahu pemilik ada benda asing di kawasan mereka. Secara tidak langsung ia telah mengejutkan kita. Anjing besar pula cenderung untuk menyerang. Saya amat kagum dengan kebolehan makhluk Allah ini. Kita sendiri pun tidak ada kelebihan seperti itu. Walhal kita makhluk yang mulia.
p/s: Satu 'kirat' = pahala sebesar gunung Uhud. Gunung Uhud itu adalah banjaran gunung yg terasing yg panjangnya sejauh 7.5 kM


0 comments:
Post a Comment