Inilah anjing Kittun. Hansome kan..! Satria namanya. Sangat cekap & amanah , istiqamah, komited, dan integriti dalam menjalankan tugas dia tahu tugas dia tanpa perlu diatur, sikit pun tak pernah curi tulang. Sikit pun tak mengeluh. Sama ada tuannya ada atau tidak ada dirumah dia tetap menjalankan tugasnya dengan amanah. Susah nak cari guard yang taat setia macam ni. Mahkluk ciptaan ALLAH yang paling berguna untuk kemudahan manusia selain dari Kuda. Uolls nampak dia kat depan gate tu kan ? selagi tak terima arahan selagi tu lah dia akan tunggu gate tu dari siang sampai malam, dari malam sampai siang. Hujan pun dia tak akan meninggalkan gate tu.. Korang mampu?
Allah menciptakan makhluknya dengan alasan tersendiri, Allah menciptakan anjing untuk diguna bukan untuk dihina. Anjing fungsinya sangatlah banyak mengapa tidak kita gunakan? Anjing yang mentaati tuannya samalah ganjaran pahalanya dengan anjing ashabul kahfi. 'Qitmir' dijanjikan syurga. Dia menunggu pintu gua tanpa berganjak ke tempat lain sehingga meninggal dunia. Bukti ketaatan seekor anjing kepada tuannya termaktub di dalam Al-Quran. Anjing pun tahu berlumba-lumba ingin mendiami syurga kerana itu mereka berusaha untuk mentaati dan menjaga kebajikan tuannya. Janji Allah "Qitmir" adalah anjing di dalam syurga, malah dia lah ketua anjing-anjing di syurga nanti. Sekiranya dia ketua pasti akan ada pengikutnya. maka mana-mana anjing di dunia ini yang mengikut jejak langkah "Qitmir" maka ganjarannya adalah syurga. Mana mungkin hanya "Qitmir" yang mendiami syurga Allah sedangkan yang lain juga berkhidmat kepada tuan mereka setaat Qitmir.
“Kelak, ketika para Ashabul Kahfi itu dimasukkan ke syurga, maka "Qitmir" akan berkata kepada mereka, “Wahai para penghuni gua! Dulu aku selalu menemanimu dalam perjalanan itu, tetapi kini engkau masuk syurga dan meninggalkan aku sendiri.” Para Ashabul Kahfi itu kemudian berdoa agar Allah SWT juga berkenan memasukkan 'Qitmir' ke surga bersama mereka. Doa mereka dikabulkan, 'Qitmir', anjing yang dberkati, lalu ia pun masuk syurga dan tinggal selama-lama di dalamnya.”
Kelak, di hari perhitungan anjing-anjing di dunia pula berkata: "Wahai Qitmir"...! dulu aku seperti mu juga, menemani, mentaati & menjaga keselamatan tuan aku tetapi kini engkau masuk syurga dan meninggalkan kami semua....berdoalah kepada Allah utk kami !"
Allah itu maha adil lagi maha bijaksana dan tidak akan menzalimi hambanya.
* Qitmir* =A dog mentioned in history that slept with the 7 people of the cave. The cave is still in good condition and is in Damascus, Syria
* Qitmir* =A dog mentioned in history that slept with the 7 people of the cave. The cave is still in good condition and is in Damascus, Syria


0 comments:
Post a Comment