Sunday, January 9, 2011

Pelancong Warga Ireland Maut Diserang Anjing


Dagunya hampir tercabut, kedua-dua belah telinganya pula terputus. Dengan kecederaan parah lain di lengan dan paha, Sullivan Maurice, seorang rakyat Ireland gagal diselamatkan selepas diserang 2 anjing jenis 'mongrel' di Teluk Bahang, Pulau Pinang siang tadi.
Bukan anjing jenis Mongrel tapi lebih kepada
pitbull  mungkin dah cross breed ni
Maurice, 50 tahun dan teman wanitanya, warga Poland tiba di Pulau Mutiara ini semalam untuk menjadi sukarelawan di sebuah ladang organik di Teluk Bahang, serta mahu merakam dan muat naik gambar di laman web Dan jam 9 pagi tadi, pasangan itu ke ladang berkenaan.

Menurut pemilik ladang, anjing peliharaannya yang menyerang pasangan itu dilihat mesra ketika mangsa masuk ke ladang. Pasangan itu kemudian keluar bersiar-siar di atas bukit ditemani anjing berkenaan sementara pemilik ladang dan isterinya berada dalam rumah.


Namun, dia terkejut mendengar jeritan teman wanita Maurice dan anjing menyalak. Pemilik ladang yang meluru keluar melihat anjingnya sedang menyerang mangsa dengan liar. Mangsa cuba diselamatkan tetapi gagal. Ketua polis daerah barat daya, Superintenden Hattan Mad Zin berkata mangsa mati akibat kecederaan parah digigit anjing. Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Kedua-dua anjing itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan.

kalau dikurung dalam cage ni awal-awal kan lebih selamat.
stupid dog 
Pada pendapat saya, pemilik tidak harus melepaskan anjing itu berkeliaran apa lagi berjalan-jalan bersama orang yang tidak dikenali atau baru dikenali. Adalah lebih baik jika pemilik mengiringi pelancong berkenaan berjalan-jalan sekitar kawasan. Memang anjing-anjing itu ditugaskan menjaga ladang, jadi bila ada orang asing memasuki kawasan jagaannya  (tanpa iringan pemilik) , secara automatik dia akan bertindak lalu menyerang. Letak papan tanda amaran 'kehadiran anjing' di kawasan-kawasan larangan sebagai tanda berjaga-jaga.

Walaupun pada permulaannya mereka kelihatan mesra, namun kita harus sentiasa berwaspada. anjing-anjing itu kelihatan mesra ketika pemilik ada bersama-sama , tetapi tidak mustahil ia akan berubah menjadi ganas bila pemilik tidak lagi bersama-sama mereka,  lebih-lebih lagi jika orang asing itu memasuki kawasannya walaupun dengan tidak sengaja.
 Kesan  gigitan anjing yang menyebabkan kematian

Anjing akan menjadi lebih agresif bila kita melawan. Apa lagi kalau kita melarikan diri, anjing-anjing akan mula mengejar dan menyerang. Agak sukar untuk hentikan serangan bila anjing sudah mula menyerang. Salah satu cara  dengan melepaskan tembakan, bunyi tembakan itu akan meleraikan mereka. Bagi anjing yang dilatih sebagai anjing penjaga mereka tidak mengenali orang lain kecuali pemiliknya. Mereka betul-betul amanah menjalankan tugas. Lebih-lebih lagi anjing penjaga kebun atau ladang, kerjanya hanya mengawasi  kawasan dan memburu penceroboh. Anjing sebegini sebenarnya adalah salah satu ciri anjing penjaga yang  cemerlang. 

Apapun dalam soal ini, pemilik harus lebih bertanggungjawab. mengurung atau merantai anjing-anjing mereka sementara orang baru itu mesra dengan anjing-anjing berkenaan. Ia mengambil masa untuk mesra. Saya juga agak sedih dengan berita ini, kegembiraan bertukar tragedi. sepatutnya perkara sebegini boleh dielakkan daripada berlaku. Kita sendiri harus berhati-hati bila berada di kawasan yang dikawal oleh anjing.

Saya sendiri mengambil masa hampir agak lama melatih anjing saya mengenali pembantu baru. Walaupun mereka nampak mesra tapi masih sukar untuk dipercayai sepenuhnya.




p/s/: kenapa anjing tu tak attack perempuan tu erk..? ini mesti ada sesuatu yang lelaki tu buat menyebabkan anjing2 tu attack dia.

9 comments:

meowwmania said...

apa la nasib anjin tu nanti :(

KiTTuN said...

Hukuman 302. Biasanya kalau anjing membunuh hukuman dia put to sleep.

umi_e said...

Salam.... sedihnya kalau anjing to kena PTS...

*terfikir juga, mungkin lelaki itu ada melakukan sesuatu yang membuatkan anjing2 itu menyeangnya...

Nor Fahizeen said...

sedeynyer... kesian anjing tu. They has been doing a good job... they has been trained for it... mesti lelaki tu ada mencuri ke, ambil ape-ape ke yang membuat anjing2 tu mengganas. bukan sekor, tapi dua-dua pulak tu...

I hope they will consider not to PTS them.. sedih tgk muka diaorg kat atas tu....

Anonymous said...

hai kittun, ada seekor anjing ni teman tuan dia walau dah mati kat brazil ni link http://www.stuff.co.nz/life-style/blogs/four-legs-good/4557558/Loyal-after-death. saya dah ada tiga ekor kucing british short hair dan persian teringin nak bela bengal dan anjing..tapi persepsi orang melayu teruk betul, padahal sunni bagi je,

Nor Fahizeen said...

Binatang tak bodoh sebab memang mereka tak ada akal. Yang bodoh tu tuan punya anjing sebab dia yg berakal. Mungkin dia tak cukup terlatih untuk beri arahan. Anjing2 ni semuanya setia dan taat pada arahan tuannya.

Shame that its ended like this. I do really hope that the dogs will be given chances to prove that they are really good.

Chika said...

Memang kesian dengan anjing2 tu. mmg sah kene put to sleep. Tapi setuju sgt2 ngan Kittun. Kita yang bela anjing kampung ni pun tak pernah percaya kat dorang bila ada tetamu datang. Dan dorang mmg garang sgt2 bila dengan org luar. They're just doing their job kan? Paling sakit hati dengan jiran2 Chika yang bela anjing tapi lepaskan dorang di luar pagar. Bahaya. Nanti bila anjing tu dh serang and cederakan org, tau plak panik dan sedih bila anjing tu dihukum put to sleep.. kita nak bawak anjing kita berjalan pun takut. Takut dorang bergaduh, kita plak yang kene.

Yueya said...

i'm not blame the dog,that's what he have to do.as owner,he/she should know.the tourist,should know more when come to a dog that have owner.dog yg ade tuan lg bhy drpd yg terbiar dijlnan.so,dlm kes ni,dog ni just protect tuan dia,he shouldn't be punish.tuan dia yg sepatutnye la,tourist to must know,lg2 pitbull type.mmg agresif dr mne2 breed dogs yg ade.well,ble dog utk protection.that's why we should know about dog.ni dah kene blame dog tu,bkn org yg bertggungjwb!

Yueya said...
This comment has been removed by the author.
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA-MANA PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYALIN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA-MANA INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers