Tak habis-habis cerita pencuri pecah rumah. Semalam rumah jiran sebelah kittun pula menjadi mangsa, Kawasan kejiranan kittun ni dah jadi macam sarang kecurian. Ish..ish..licik betul pencuri ni. Pemilik rumah pergi ke Pulau Pinang untuk menyertai pertandingan teakwando anaknya untuk beberapa hari. Kittun pun tak tahu jiran sebelah tak ada di rumah kerana tidak dimaklumkan. Kittun pun terkejut bila jiran-jiran telefon jam 11 mlm memaklumkan rumah jiran sebelah kittun kena pecah. Bila masa pula kena pecahnya nampak ok jer macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Pintu semua tertutup rapat. Kittun pun tak perasan bila peristiwa itu berlaku tahu-tahu rumah telah dipecah masuk. Kerugian dianggarkan dalam 8k. Semua barang-barang kemas dicuri, playstation,dan barang-barang berharga yang lain turut hilang. Rumah bagai kapal pecah. demi menghormati hak jiran saya tak ambik gambar. Ramai jiran berkumpul di luar rumah termasuk polis-polis peronda yang menjalankan tugas datang untuk melihat keadaan.
Mengikut siasatan, pencuri itu sempat lepak-lepak di rumah jiran kittun siap makan minum dan tidur lagi. Amboi-amboi seronoknya dia.. kesan kopekkan pintu tidak kelihatan cuma mangga yang mengunci pintu utama di potong. Satria pula tidak memberi tindak balas. Macam tak ada penceroboh & orang asing memasuki rumah sebelah. Biasanya kalau orang yang tidak dikenali masuk kawasan kami bagai nak rebanlah rumah kittun kena salak. Yang herannya kenapa bila rumah jiran dipecah masuk Satria buat dek jer..
Banyak tanda tanya bermain difikiran kami.
Barang-barang yang hilang agak banyak, kalau nak dibawa lari mestilah mengunakan kederaan, sekurang-kurangnya motosikal @ basikal. Kalau nak bawa lari mcm tu jer agak sukar dan mungkin orang dapat mengesan gerak geri yang mencurigakan. Kedua, macamana pencuri itu tahu tuan rumah tidak ada dirumah untuk beberapa hari. Siap boleh golek-golek sempat tukar pakai kain pelikat tuan rumah lagi, makan minum dan bersantai di rumah itu. Sebelum pencuri itu blah siap buat misscall kat tuan rumah. Itu yang menyebabkan tuan rumah suspek rumahnya kena pecah. Lalu menghubungi adik beradiknya untuk melihat keadaan rumah. Ternyata rumahnya kena pecah. Alahai... mustahil kalau orang jauh yang buat kerja tu. Mushkil..mushkil..
Nak tunggu siasatan memang makan masa. Apa boleh buat sudah nasib. Rezeki hilang sekelip mata. Kepada jiran Kittun banyak-banyakkan bersabar. Lain kali jangan kutuk kalau orang bela anjing ke bela apa ke. Jaga mulut anda Sebab langit tak selalu cerah. Dalam keadaan masyarakat sekarang kita perlukan security. Lagipun tembok pemisah rumah kita agak tinggi, tak tahu apa terjadi disebelah. Maaflah jika anjing saya hanya menjaga kawasan rumah saya tidak termasuk rumah awak :)
*jawapan yang bermain di fikiran kami adalah.. Kebarangkalian suspek yang pecah masuk rumah jiran kittun adalah jiran-jiran kami juga. Tak sangka ada musang berbulu ayam di kawasan itu.*
*jawapan yang bermain di fikiran kami adalah.. Kebarangkalian suspek yang pecah masuk rumah jiran kittun adalah jiran-jiran kami juga. Tak sangka ada musang berbulu ayam di kawasan itu.*


2 comments:
Kecian jiran kittun ... anjing juga ada instict terhadap sesorang rasanya Satria dah malas nak layan ngan orang sebelah sbb asyik kena kutuk kot ... hehehe Or rasanya sesorang yg Satria selalu nampak yg lakukannya ... Biasa anjing kalau dah biasa nampak takkan nak menyalak kecuali kalau betul2 masuk dalam kawasan jajahannya ...Lagi pun mungkin tembok tinggi satria tak nampk cuma bau dan dengar and dia ingat owner rumah yg masuk. Takut jugak dgr keadaan kes kes mcm ni skang ...
dlu anjing saya pun mcm kittun...tp skunk die pun dh xmnyalak klu umh owg len msk pencuri...mybe coz die terasa at ngn jiran2 sya kot....mana xnye...kutuk2 j die...klu manusia pun mst xlyn jgk owg cm2...huhuz...anjing pun der perasaan sama cm manusia taw...
Post a Comment