SEJAK bergelar isteri pada Oktober tahun lalu, pelakon jelita, Sharifah Sofia Syed Hussein diulit bahagia dengan suaminya, Syed Ismail Syed Al-Ali. Malah setiap hari adalah saat-saat bulan madu untuk mereka.
Namun, selepas bergelar isteri, tawaran lakonannya semakin berkurang dan kini Sofia banyak menghabiskan masanya menemani suami menjalankan perniagaan dan dia juga sedang merancang untuk membuka perniagaan alat tulis.
Walaupun wajahnya jarang dilihat di kaca televisyen, kehidupan peribadinya diceroboh lagi. Kali ini gambar Sofia sedang bermain dan bermanja dengan dua ekor anjing tersebar luas di Internet.
Penyebaran gambar itu membuatkan nama Sofia sebagai seorang pelakon beragama Islam sedikit terjejas. Mahu memberi Sofia peluang membuat penjelasan mengenai isu itu, Kosmo! menghubungi pelakon yang memang terkenal dengan sikap berterus terang itu.
Tanpa berselindung, dia mengaku dua gambar berkenaan memang miliknya. Tetapi, kata Sofia, hal itu tidak seharusnya disensasikan.
KOSMO!: Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan anjing itu milik Sofia?
SOFIA: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu anjing peliharaan kawan, bukan saya punya.
Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan Sofia tidak patut bermain dengan anjing. Apakah pandangan Sofia?
Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun saya seorang pencinta binatang. Dulu saya pernah membela anjing. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu saya memberi anjing itu kepada orang lain.
Adakah Sofia kesal dengan penyebaran gambar itu?
Saya tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi anjing itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela anjing pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.
Bagaimana kehidupan Sofia selepas kahwin?
Alhamdulillah, kami bahagia. Suami saya pula mula sibuk dengan perniagaannnya. Cuma dari sudut karier pula, saya macam tak laku lepas kahwin (ketawa). Tiada tawaran berlakon setakat ini dan saya terpaksa biasakan diri tak berlakon buat sementara waktu ini. Jujurnya, agak bosan juga, tapi syukur sebab kehidupan saya lebih relaks.
Apa yang Sofia buat untuk mengisi masa lapang?
Saya jalankan tugas sebagai seorang isteri dengan menemani suami. Kadang-kadang saya ikut dia bertemu klien. Sekarang saya merancang untuk membuka perniagaan alatan tulis yang menggunakan bahan kitar semula dan mencari lokasi yang sesuai untuk membuka kedai. Paling tidak pun, menjadi pengedar alatan tulis ke kedai-kedai buku. Saya juga membabitkan diri dalam rekaan hiasan dalaman. Tapi sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan terbaru saya boleh layari http://twitter.com/sharifahsofia.
Apakah perancangan untuk mendapatkan cahaya mata?Kami sudah bersedia jika ada rezeki. Tapi kalau boleh, nanti dulu. Biar kami bekerja untuk kukuhkan ekonomi sebelum menerima kehadiran seorang anak.

12 comments:
Diorang ni semua tahu nk cari salah orang aje....berapa ramai artis kat luar sana bersentuh dgn bukan muhrim...x nak kecoh...bersentuh dgn bukan muhrim lagi besar dosa...dari bersentuh dgn anjing....kalo anjing tu kering x pe...kalo basah atau anjing tu jilat kita samak je dah settle...apa nk risau....anjing pun makhluk Allah Taala...
For Once , MKI rasa puas ati dgn penjelasan seorang Mufti iaitu Dato Wan zahidi Wan Teh, dia relax n tenang jer walaupon mki yakin wartawan dari akhbar cuba nak provoke and hasut agar Mufti akan "hentam" kutuk dan kritik artis Syarifah Sofea Syed Hussien ...emm alahai..tapi sebalik nya Mufti cakap, alah , small matter, tak yah nak kecoh kecoh kalau artis tu pegang anjing, may be mazhab dia tak sama dengan orang lain, so tak yah la nak besar besar kan....ya ampon, kalau tanya kat Mufti lain, seronok tak terkata sebab mesti berbakul bakul Syarifah Sofea kena "hentam" kalau tak pakai baju kalis peluru @ lazer mcm mki, mau muntah darah...Kuang kuang kuang!
komen mki terhadap komen azidan abdul aziz , dari kumpulan rabbani - betul ke kalau anjing tu kering ok untuk dipegang @ sentuh?hehehe yer lah, kata orang lah kan, bukan kki yg cakap k, kalau dah tak buleh tu, tetap la tak buleh, contoh terbaik, daging babi, kalau dah haram untuk dimakan tu tetap la haram, mana boeh cakap masak kicap boleh, tapi masak halia tak boleh????hehehe boleh ker daging babi kalau buat satay tak boleh tapi masak lemak buleh? kalau dah haram tu, minyak babi pon tak boleh lemak pon tak balik apa apa pon tak boleh dimakan..emm alahai en azidan .elok la jgn komen bab anjing, ko nyanyi jer lah lagu nasyid ok
komen mki terhadap wardina, bukan sahaja jelita dan lawa, tapi sangat cerdik kerana engga beri komen, malah dia serahkan kepada yang lebih berilmu, ini lah yang omputeh kata BEAUTY WITH A BRAIN! Tahniah wardina..
KOmen mki terhadap abu bakar Md Yatim -ahli kump Rabbani, ermm..mki tak setuju...langsung tak setuju sebab dia kata tingkah laku artis jadi ikutan .. kalau awak tu jadi artis contoh nya jaafar onn.., ada ker orang laki nak nak pakai kaler pink dan topi kaler merah dan jalan di khalayak ramai...auwwww , tak rela la nyah... atau kalau artis barat mcm Janet Jackson tindik puting susu dia, ramai sangat ke peminat nak ikut jejak langkah Janet Jackson??? Lu Pikir La sendiri (pinjam ayat Nabil jap)..ahaks
sokong 100% MKI ckp tu...hentam mrk yg pandai ckp org je tapi diri sendiri x nilai pun
Setakat pegang Anjing tu, tak heran lah. Anjing pun makhluk Allah juga, kalau mereka mati confirm masuk syurga.
Bodoh betul lah media ni, apa hal pulak gambar-gambar artis yang bersentuhan macam mahram tu? patutkah mereka buat macam tu kalau sekadar nak photoshoot? bodoh betul lah, dah tak betul dunia ni agaknya. Orang Islam pegang Anjing pulak nak dihentam habis-habisan! Aku memang senak dengan golongan wartawan-wartawan media yang bodoh ini, nak bagi penampar rasanya.
Artis-artis Malaysia pun kebanyakkannya (tak semua tau,jangan salah faham) tidak bermoral, especially yang muda-muda setahun jagung yang baru nak jadi artis. bergambar entah macam syaitan pun ada.
Adakah patut orang Islam yang sayangkan haiwan pegang Anjing pulak nak dihentam habis-habisan. Tak faham benar aku!
Sependapat dengan Pak Mufti dan wardina.
agree dgn apa yg u all cakap n sukeee sgt ada mufti tu sebut...hehe
pasal pegang anjing pun nak kecoh. banyak lagi issue lain dorang leh kupas..xperlu tulis kes apa harap sendiri maklum.
Tak dosa pun pegang anjing, tapi dedah aurat dosa (Tak ada orang komplen/kutuk/hentam pun).
kes ni xperlu di perbesarkn..tp klu da xnk menimbulkn fitnah xyah ar pegang tros..senang citer..
ada ka patut tanya penyanyi nasyid? haishh!!!
relax.. isu ni mmg la ada yg komen.. bukan sebab takde isu lain.. setiap isu kena kupas..
tapi kupas biarlah betul..
Post a Comment