KUALA LUMPUR: Jika dahulu anjing pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sinonim dengan mengesan dadah dan bahan letupan.
Namun, Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM kini kian canggih apabila bakal mempunyai kepakaran baru iaitu mengesan mayat disembunyikan, termasuk ditanam atau tenggelam di dalam tasik, sungai atau laut.
Difahamkan anjing spesies Cadaver terbabit mempunyai kebolehan khas bagi menyelesaikan kes pembunuhan seumpama itu sebelum ini sukar dijejaki anjing biasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya akan meminta bantuan kepakaran jurulatih Finland bagi melatih anjing spesies Cadaver selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kepakaran jurulatih Finland untuk melatih anjing Unit K9 selama enam bulan diyakini mampu memantapkan unit berkenaan dalam penugasan khusus membabitkan operasi mengesan mayat manusia sama ada dibunuh atau sebaliknya. Beliau berkata, selain mengesan mayat, anjing juga akan mempunyai kepakaran mengesan anggota badan manusia termasuk darah.
“Penjenayah mungkin cuba menyembunyikan perbuatan mereka dengan membuang mayat di lokasi sukar dikesan. Dengan adanya kepakaran terbabit, ia pasti dapat membantu Unit K9 mengendalikan kes seumpama itu.

“Anjing ini juga akan dibekalkan dengan latihan mengesan titisan darah yang pastinya akan membantu JSJ memantapkan lagi siasatan terutama di tempat kejadian,” katanya selepas melancarkan Lencana Unit K9, semalam.
Menurutnya, dalam usaha mengukuhkan lagi Unit K9, PDRM juga bercadang membeli 40 lagi anjing baka German Shepherd dan Labrador pada masa akan datang untuk diagihkan ke seluruh negara termasuk di Langkawi, Kedah dan Bintulu, Sarawak.
Beliau berkata, Unit K9 kini mempunyai 145 anjing, termasuk 30 anjing yang baru dibeli dari Jerman dan Republik Checz pada penghujung Disember tahun lalu iaitu 18 daripada jenis German Shepherd dan 12 lagi Labrador.
“Tiga puluh anjing yang mula dilatih pada Januari lalu dan akan tamat pada April ini dan semuanya dilatih sepenuhnya jurulatih Unit K9,” katanya.

Anjing Unit K9 menjalankan pelbagai tugas khususnya mengesan penjenayah, dadah, senjata api dan bahan letupan yang kini ditempatkan di 20 unit K9 di seluruh negara termasuk tujuh di Sabah dan Sarawak.
“Selain itu, unit itu turut akan ditempatkan di lokasi panas termasuk kawasan perumahan dan perniagaan, sejajar hasrat kerajaan menerusi Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mengurangkan kadar jenayah.
“Sebelum ini, anggota Unit K9 bersama anjing pengesan sudah dibawa bertugas ke beberapa lokasi panas sekitar Lembah Klang dan tugasan ini akan diperluaskan ke seluruh negara,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan kaji selidik terhadap lebih 2,000 penduduk Lembah Klang baru-baru ini, kira-kira 80 peratus responden bersetuju supaya unit K9 ditempatkan di lokasi panas.
Beliau berkata, memandangkan tumpuan PDRM ketika ini ialah menangani jenayah jalanan seperti ragut, polis akan melatih anjing sedia ada menjalankan tugasan membendung kegiatan itu. sumber metro

4 comments:
assalammualaikum...saya ingin mtk tolong pihak tuan..
mam nie,untuk mnjaga 4 eko ank anjing saya selama beberapa kerana bekerja.masalahnye,kat terengganu tiada tmpat untuk ltkkn dan tiada sesipa yang ingin menjaganya dalam ms yng singkat...saya berharap agar pihak tuan dpt menolong saya.anak anjing ini tidak mmpunyai mak lagi kerana maknye tlh ditembak olh mmajlis bandaraya terengganu.sila hubungi saya di kwaikwai_0407@yahoo.com @ 0199247241.ASAP
-haji mohd noor-
Wsalam,
kepada kura-kure, kalau tuan mempunyai masalah utk menjaga puppies tuan boleh bawa ke kota bharu. LuckyPet menyediakan perkhidmatan boading utk anjing. Mana2 pemilik yg ingin pergi bercuti,bekerja selalu meninggalkan anjing2 mereka di LuckyPet. Saudara boleh hubungi untie ginny di talian 0199393380 utk keterangan lanjut.
Harian Metro 27/02 ada kisah rotty gigit kepala budak.Apa komen Kittun?
Hopes u could trained such dog for goverment dept...good businesses..as currently believed public (funds) had to bear for imported ones....
Post a Comment