Wednesday, January 20, 2010

Anjing bawa ular untuk tuan


YARRAGON (Melbourne): Sepasang suami isteri semalam berkata, mereka terkejut apabila mendapati anjing peliharaan mereka - yang selama ini berdisiplin dan taat - pulang sambil menggonggong seekor ular berbisa di mulutnya.

Menurut Deborah Allen, anjing jenis labrador itu, Bronson, membawa pulang ular itu lima hari lalu.

Katanya, Bronson kelihatan gelisah apabila ular berkenaan membelit mulutnya menyebabkan ia tidak boleh menyalak.

Katanya, Bronson berlari dari padang berhampiran sambil ular terbabit tergantung di mukanya.

Katanya, anjing itu memang sentiasa membawa pulang apa saja objek ditemuinya di padang berkenaan kerana dilatih begitu.

“Apabila Bronson datang bersama ular tedung, kami amat terkejut,” katanya.

Menurut suami Deborah, Peter, ekor ular itu berada dalam mulut Bronson, manakala badannya membelit muka dan kepalanya terjuntai di antara kaki depan anjing terbabit.

“Kami terkejut dan amat bimbang jika ia mematuk Bronson dan mengancam nyawanya,” katanya.

Namun, kata Peter, ular itu kelihatan terlalu penat sele pas bertarung dengan anjingnya.

“Mula-mula kami mengambil kamera dan merakam gambar Bronson bersama ular kerana kami perlukan sesuatu sebagai bukti,” katanya.

Berusia 11 tahun, Bronson pernah menjumpai telefon Peter yang terjatuh di padang sama.

Pasangan itu kemudian menggunakan beg gandum untuk melepaskan belitan ular itu dan Bronson segera dibawa ke klinik.

Pemeriksaan doktor veterinar mendapati, anjing itu memang dipatuk ular tetapi keadaannya tidak membimbangkan. Bronson akhirnya dibenarkan pulang selepas dirawat di hospital veterinar selama empat hari. - Agensi

1 comments:

ruh said...

Itu lah bagus nya berbudi ng anjing.Kita jaga dia bagi makan minum, bg tempat tinggal,gosok2 sikit, puji dia ada jg jasa pada tuan nya.
Berbudi ng mausia akhir nya kena sembelih kepala, kena buang tepi jalan ada yg kena hantar rumah kebajikan.Hampehhhh.....
Manusia memang x tahu kenang budi.

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA-MANA PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYALIN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA-MANA INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers