
Dua mlm berturut-turut satria menyalak di awal pagi antara jam 3-4am. Biasanya jarang dia menyalak di waktu2 begitu. Yer lah jam 3-4am org sedang nyeyak tidur. Suasana di luar rumah pun sunyi sepi. Yang ada hanya bunyi cengkerik itu pun kalau tak hujan, kalau hujan suara katak pula bersahut2an. Tapi heran kenapa satria menyalak biasanya anjing rottweiler tak akan bazirkan tenaganya utk menyalak, Kittun tinjau melalui tingkap tidak ada sesiapa melintas di depan pagar.
Kalau dilihat dr cctv satria menyalak mengadap ke arah pintu pagar. Kenapa agaknya yer. Kittun cuba tenangkan satria melalui tingkap. 'Takde apa2 mami dah tinjau di sekitar rumah memang takde apa2 berlaku'. Satria menongkat dagu di lantai. Kittun baru nak lelapkan mata Sejam kemudian dia menyalak lagi . Ada apa agaknya. Kali ni kittun keluar mendapatkan satria tanya dia apa sebenarnya yg disalakkan. Tetiba kittun terdengar bunyi mcm besi tergolek ke lantai simen. Bunyi tu dtg dr rumah jiran yg kedua. Senggang 2 buah rumah dr rumah kittun.

KiTTuN tak syak apa2 mungkin kucing melanggar sesuatu. Atau btg besi itu terbalik ditiup angin lalu terjatuh. Maklumlah skrg ni kat kelantan angin sgt kuat. KiTTuN cuba intai2 di luar pagar termasuk rumah jiran sebelah tapi mcm takde apa2 berlaku. Kittun abaikan saja bunyi tu lantas masuk ke rumah utk sambung tidur. kittun hanya tidur di ruang keluarga memandangkan subuh tak lama lagi akan tiba. Lagipun Senang nak sapa satria kalau dia menyalak lagi.
Malam berikutnya dia menyalak lagi, waktu yang sama seperti mlm semlm. Tapi mlm ini salakannya tidak sekuat semlm. Kittun abaikan saja mungkin dia menegur kucing2 kittun di dalam sangkar.
Malam berikutnya dia menyalak lagi, waktu yang sama seperti mlm semlm. Tapi mlm ini salakannya tidak sekuat semlm. Kittun abaikan saja mungkin dia menegur kucing2 kittun di dalam sangkar.

3 hari selepas mlm itu jiran di kawasan taman perumahan kittun datang sembang tanya kabar sambil tinjau2 sekitar rumah kittun takut ada apa2 yg berlaku. Saya jadi hairan kenapalah jiran beria sgt nak tanya saya. Terkejut bila diberitahu 2 buah rumah di kejiranan kittun dimasuki pencuri. Sebuah rumah kehilangan barang kemas dan satu lagi kehilangan enjin motosikal. Memang tak syak lagi bunyi besi tergolek di lantai itu adalah bunyi pencuri yg sedang mencuri enjin motosikal jiran kittun. Untung satria menyalak sekurang-kurangnya dia mengejutkan kittun dr tidur.
Satria
Patutlah satria mengonggong., rupanya ingin memberitahu bahawa ada pencuri menceroboh kawasan perumahan kami. Alhamdulillah rumah kittun tidak pernah dimasuki pencuri tapi kesan cubaan utk mencuri itu ada. Semoga Allah melindungi rumah kittun dr penceroboh2 yg tidak diundang. Apa yg paling berharga adalah ternakan kucing-kucing bengal milik kittun. Mereka semua disangkarkan di halaman rumah. Alhamdulillah setiap malam satria akan sentiasa mengawasi mereka semua. Seandainya kucing2 bengal kittun terlepas dr sangkarnya satria akan menyalak memberitahu kittun kucing itu terlepas. Peringatan utk lain kali jikalau satria menyalak pasti ada sesuatu yg tidak elok sedang berlaku. Semoga satria peka dengan keadaan sekeliling.
Thanks satria i love u so much.
7 comments:
Ini yang buat saya lagi semangat nak pelihara anjing ni.
anjing sy tambat tepi pagar 2 ekor moto,kereta apa juga yang lalu depan rumah semua dia salak.Dah tak tahu nak beza salak pencuri ke salak suka-suka.
Hansac,:
pelihara anjing utk keselamatan adalah harus. memandangkan situasi masyarakat skrg menuntut kita supaya kita sentiasa berwaspada.
Jenayah semakin berleluasa tidak kira dimana2. Lebih malang lagi bila penjenayah sanggup membunuh demi mendapatkan habuannya.
Seandainya kita sentiasa bersedia mungkin perkara buruk dapat dielakkan. Saban hari terpampang didada akhbar tuan rumah ditetak ,dilibas dgn kejam oleh penjenayah. Tujuan utama utk merompak.
Sebagai langkah berjaga2 ada baiknya kita mencari anisiatif utk mengelak kejadian yg tidak diingini berlaku.
Ruh,:
Kalbun Muallam (Anjing terlatih)
biasanya bijak dlm tugasnya. Ia tidak akan membazirkan tenaganya utk mengonggong/ menyalak perkara yg sia2. Oleh itu latihlah anjing anda supaya menjadi cerdik.
Anjing yg terlatih tahu akan tugasnya. Seperti saya sendiri telah melantik seorg officer dr unit pengesan (K-9) utk melatih rottweiler saya. Alhamdulillah hasilnya anjing saya berkhidmat dgn baik utk saya.
Latihan intensif akan diberikan kepada anjing saya tidak lama lagi. dengan itu saya berharap anjing saya akan menjadi officer yg cekap.
Itu la Kelebihan deria seekor anjing, dapat mengesan sesuatu yang mencurigakan walapun jauh dari kawasan jagaannya...
Good Job Satria... :)
Ruh;
Anjing sebagai pet dan anjing di tugaskan sebagai penjaga adalah berbeza... biasanya anjing terlatih jarang nak menyalak tak tentu pasal ... anjing yang tak terlatih ni lazimnya akan menyalak kepada apa sahaja yang lalu... anjing yg sentiasa di ikat biasanya lebih anggresif terhadap apa sahaja kerana stress, anjing juga haiwan yg mempunyai perasaan...
Latihan anjing adalah perlu, lelebih lagi jika memiliki anjing dari baka yang sememangnya terkenal dengan sifat garang dan naluri melindungi kawasan dan tuannya seperti rottweiler, dobermann or German shepard...etc
entah la kittun & kuyuk..
Kalau sy dok kat negara lain mungkin boleh jaga dengan baik.Tapi dok kat Malaysia ni tambah lagi kat rumah teres, maklum sj la.Orang kita ni banyak setan PHD yang melekat kat dia orang.
dah korjo dio jadi ..jagoo nak buek lague mano lage..tak kan makei tidoq ajo...aju suka nengok bondo yg panjang tu..hi hi hi
Wow, im proud of Satria, Kehebatan yang Allah kurniakan kepada Satria memang menakjubkan...Good job Satria!
Post a Comment