
Rottweiler antara anjing yang pintar
Anjing lebih pintar jika dibandingkan dengan binatang lainnya. Mereka lebih mudah dilatih. Anjing yang dilatih dengan baik akan digunakan sebagai anjing penjaga. Anjing penjaga dapat mengalahkan makhluk lain yang 5 hingga 6 kali lebih besar dari saiz badannya sendiri. Walaupun begitu anjing-anjing ini, akan berubah menjadi agresif ketika dirinya berada dalam bahaya, Ianya sama sekali tidak membahayakan tuannya ketika menghadapai ancaman, anjing ini akan mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan tuannya dan dalam apa jua keadaan sekalipun mereka tidak akan menyerangkan tuannya. Bergembiralah pemilik bila memiliki anjing terlatih yang pintar.
Sejak zaman dahulu lagi berbagai jenis anjing dengan warna dan ukuran yang berbeza merupakan salah satu tanda penciptaan Allah yang tiada bandingannya. Dalam Alquran, Tuhan sebagai satu-satunya pencipta dinyatakan sebagai berikut:
Dialah Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak, padahal Dia tidak mempunyai isteri? Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. (Surat al-An'am: 101-102)
Mari kita pikirkan perkara berikut ini anggaplah kita belum pernah melihat anjing sebelumnya, dan seseorang meminta supaya kita menggambar seekor anjing. Dapatkah kita membayangkannya? Tentu saja tidak. Tak seorang pun boleh melakukannya kerana kita tak dapat melakukan apapun kecuali jika Allah memberi kita satu contoh di dunia ini.
Kapal terbang misalnya, dirancang dengan meniru sistem penerbangan pada burung. Robot adalah tiruan sistem tubuh manusia. Namun, Tuhan kita telah menciptakan makhluk yang tak terhitung jumlahnya tanpa contoh sebelumnya- penguin yang hidup di kutub selatan, singa – raja rimba, ikan lumba-lumba, kupu-kupu, burung, lebah, dan sebagainya - pendek kata, Allah menciptakan semuanya
Sejak zaman dahulu lagi berbagai jenis anjing dengan warna dan ukuran yang berbeza merupakan salah satu tanda penciptaan Allah yang tiada bandingannya. Dalam Alquran, Tuhan sebagai satu-satunya pencipta dinyatakan sebagai berikut:
Dialah Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak, padahal Dia tidak mempunyai isteri? Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. (Surat al-An'am: 101-102)
Mari kita pikirkan perkara berikut ini anggaplah kita belum pernah melihat anjing sebelumnya, dan seseorang meminta supaya kita menggambar seekor anjing. Dapatkah kita membayangkannya? Tentu saja tidak. Tak seorang pun boleh melakukannya kerana kita tak dapat melakukan apapun kecuali jika Allah memberi kita satu contoh di dunia ini.
Kapal terbang misalnya, dirancang dengan meniru sistem penerbangan pada burung. Robot adalah tiruan sistem tubuh manusia. Namun, Tuhan kita telah menciptakan makhluk yang tak terhitung jumlahnya tanpa contoh sebelumnya- penguin yang hidup di kutub selatan, singa – raja rimba, ikan lumba-lumba, kupu-kupu, burung, lebah, dan sebagainya - pendek kata, Allah menciptakan semuanya
Allah, yang memberikan kepada semua makhluk berbagai keistimewaan, juga memberi anjing ciri fisikal yang berbeza dari makhluk2 lain. Misalnya, anjing memiliki 42 gigi, 10 batang lebih banyak dari gigi manusia. Dengan mudah, ia dapat mengerat dan memecahkan makanannya, seperti tulang menjadi serpihan-serpihan dengan senang, matanya juga diciptakan secara khusus, dalam kegelapan anjing memiliki penglihatan yang lebih tajam daripada manusia. Mereka dapat merasakan gerakan suatu benda dari jarak jauh. Anjing juga dapat mendengar suara pada frekuensi di luar kemampuan pendengaran manusia, mereka mendengar suara dari jarak empat kali jauhnya dari yang kita mampu. Misalnya, seseorang tidak dapat mendengar suara bernada sangat tinggi dari peniup yang digunakan untuk memberi perintah kepada anjing, sementara anjing dapat mendengarnya.
Penciuman anjing juga sangat tajam. Pusat olfactory, yaitu pusat “penciuman” dalam otaknya berkembang 40 kali lebih baik daripada pada manusia. Dengan demikian, kepekaan penciuman anjing jauh lebih hebat dari deria bau manusia.
Dengan segala kemampuannya ini, anjing dapat mencium mangsa, mengikuti jejaknya, dan menangkap tangkapan pemburu meskipun berada berkilo-kilo meter jauhnya. Satu hiduan terhadap barang milik seseorang telah cukup bagi anjing Gembala Jerman untuk menemukan pemiliknya. Anjing besar dengan pipi bergelambir, Saint Bernards, misalnya, dapat dengan mudah menemukan seseorang yang cedera di bawah runtuhan salji dengan hidungnya yang peka dan menolongnya. Daya penciuman luar biasa yang dimiliki oleh anjing tersebut merupakan keajaiban tersendiri.
Anjing juga menggunakan hidungnya untuk bernafas. Memasuki hidungnya, udara ditapis, dihangatkan dan dilembabkan dan setelahnya menuju ke paru-paru.
Tidak seperti manusia, anjing sama sekali tidak berpeluh untuk menetukan suhu badannya kerana anjing tidak mempunyai kelenjar peluh dalam tubuhnya. Pengaturan suhu tubuh dipegang oleh sistem pernafasan. Bulu-bulu yang menutup tubuhnya menjaga kulit dari panas luar. Ketika suhu luar meningkat, suhu tubuh anjing juga meningkat; anjing yang suhu tubuhnya meningkat mengurangi kelebihan panas ini dengan menjulurkan lidahnya. Dengan demikian, meskipun bulu mereka tebal, mereka tidak berberpeluh ketika hari panas. Allah telah memberi mereka sistem yang sempurna, sementara kita, manusia, akan segera berpeluh ketika berlari selama setengah jam saja, anjing tak pernak berpeluh meskipun berlari selama berjam-jam. Kini setelah kalian memahami hal ini, kalian tak harus khawatir bila melihat mereka dengan lidah terjulur pada hari yang panas.
Juga, jika kalian berpikir mengenai anjing, kalian akan ingat bahwa tubuh mereka sangat halus dan mengkilap. Hal ini disebabkan oleh adanya kelenjar minyak.
Ada beberapa sistem dalam tubuh anjing, dengan sistem inilah, tapak kaki anjing tidak pernah terluka, tidak juga aus, dan kuku mereka tidak pernah terkena iritasi. Allah telah memberi jalan keluar bahkan bagi masalah yang kecil dari satu makhluk dengan memberi-Nya mekanisme perlindungan yang dirancang baginya. Allah menciptakan segala sesuatu dalam keselarasan. Sebagaimana diperlihatkan juga oleh contoh ini, Allah melengkapi semua makhluk-Nya dengan kemampuan yang mereka perlukan. Contoh-contoh ini menjadikan kita berpikir dan menyedari keindahan dalam ciptaan Tuhan esa.
sumber: H'Wai
8 comments:
anjing jenis ni sy tak berani sangat pasal dah ada kes serang tuan sendiri.
Ruh,
memang tidak dapat dinafikan rottweiler agak panas baran. Sukar utk kita membaca fikirannya dan moodnya.
berbalik kepada persoalan tentang anjing serang tuan sendiri rasanya anjing dan pemiliknya tidak mempunyai hubungan yg rapat. Pemiliknya hanya tahu memelihara dan mengurung anjingnya. Anjing akan stress. Bila itu berlaku anjing akan jadi garang,agresif, dan tidak mengenal tuannya.
sedangkan anjing jenis rottweiler ini harus dilayan seperti manusia. berilah masa utk bersamanya. ajaklah ia bermain, bawa beriadah dan jalan2. Anjing tak sama dgn haiwan lain mereka punya perasaan, cubalah berbual2 dgn mereka. wujudkan satu hubungan yg erat antara anjing & pemilik. InsyaALLAH isu anjing serang tuannya dapat dielakkan.
Rottie bukan la baka anjing untuk semua.Begitu juga anjing anjing dari baka baka working line yang lain. Pemilik rottweiler harus memhami karaektor dan temperamentnya. Anjing jenis ini harus dilatih sejak puppy dan pemilikmya harus menunjukkan ketegasan terhadapnya di samping kasih sayang terhadapnya dan mempunyai masa bermain dan berjalan bersama kerana rottie memerlukan Bond bersama pemiliknya.
Biasanya anjing menyerang tuannya mungkin been abused by the owner, dan stress kerana kurang perhatian, dikurung dan dirantai sentiasa.
Rottie can be the most sweestest dog if been treat good by the owner.
Kalau anjing baka tempatan jenis apa?
kittun tak ada pelihara ke anjing baka tempatan? Apa beza baka tempatan dgn yang luar negeri?
Anjing tempatan, setahu kuyuk anjing malaysia yg famous ialah baka telomian, nama breed ni di beri daripada satu kawasan di pendalaman pahang...hehehe lain lain baka local rasanya anjing biasa biasa ni kot ...:)
Sya pun suka bela anjing. Ketika menetap di kebun di Tg Malim sya bela 4 ekor anjing tmpatan. Mrka jinak tpi prlu jaga kebajikan spt makanan, dimandikan dn kt kebun boleh dibiarkan bebas. Klau tak silap dlm surah Al-Kahfi ada juga menceritkn perihal kesetiaan anjing dgn pemuda Kahfi. Ada juga kata2 klau tak silap "Dogs are man best friend". Cuma sbg pngikut Shafie kita kena samak sbgmana yg dikehendaki syariat. Syabas kpd saudara MKI n KiTTunN krna tlah mmbri pngetahuan mengenai anjing menurut pndangan yg brbeza. Tk
Chetz setuju dengan kittun dan eddy.
Anjing takkan menyerang tuannya sendiri jika tuannya menjaga anjingnya dengan baik dan menjalin hubungan dengan baik juga.
Membela anjing bukan sahaja meletakkannya di dalam kandang dan memberi makan. Kita perlu berinteraksi dengan anjing kita.
Anjing mempunyai perasaan. Macam anjing Chetz si Chenut ni kalau tak layan dia, dia akan buat muka dan merajuk.
Setiap mereka mempunyai karakter tersendiri. Tak kira lah anjing local atau yang pure breed ni.
Chetz Yusof
Rottie hanya agresif bile
a) Tak cukup kasih sayang
b) tak cukup perhatian
c) tak cukup bonding dengan tuannya
Rottie nie tergolong dalam kelas 'working dogs' so dia kena sentiasa aktif. Selalu kena bagi dia kerja buat dia sibuk. Rottie was made to be with people so bile dikurungkan dan disarangkan mana dia tak mengamuk? Dia mesti nak bermanja dengan tuannya.
Sebabkan dia working dog jugalah anjing ini agak agresif sebab dulu Rottie amat popular sebagai anjing peperangan dan anjing yang berkebun. Dulu bile takde kereta lembu masa Roman Empire Rottie digunakan untuk sawah dan lain2 kegiatan agriculture sebab tu Rottie ni dia berbadan besar dan mantap.
Rottie yg digunakan di peperangan ni dia sebenarnya ada gelaran 'soldier'. Yes, Rottie pada dahulukala pernah ada jadi anjing askar. Sebab tu dia agresif sebab dia kena cengkam musuh dan sebagainya.
Bela Rottie ni kena ade hati yang terbuka dan perlu dedikasi sebab emosi dia yang volatile.
Kalau dijaga dengan baik, Rottie adalah anjing yang sangat baik dan ideal untuk keluarga.
Post a Comment