
KUALA LUMPUR: “Saya anggap apa yang saya buat bukan satu kesalahan dan tidak menghina perasaan mana-mana pihak... (tetapi) kalau ada tidak setuju, saya tidak boleh berbuat apa-apa,” kata pengusaha pusat pemuliharaan dan pembiakan haiwan eksotik di Janda Baik, Pahang, Muzaffar Kaisar Ishak yang memelihara 55 ekor anjing. Muzaffar, 35, memelihara dan membiakkan anjing daripada baka Rottweiler, Shetland Sheep Dog dan French Mastiff di kawasan seluas 0.8 hektar di Janda Baik untuk dijual kepada pembeli tertentu. Bagaimanapun, beberapa gambarnya bermesra bersama anjing tersebar di internet menyebabkan dia dihentam kerana dianggap menghina agama disebabkan haiwan itu haram disentuh umat Islam.
Dia yang ditemui di Janda Baik, semalam berkata, anjing dianggap sebagai najis berat mengikut mazhab Syafie tetapi bukan pada mazhab lain malah pengharamannya tidak disebut dalam al-Quran. “Di dalam satu hadis diriwayatkan Bukhari, Rasulullah bersabda, apabila anjing menjilat dalam bejana (bekas) kamu, maka cucilah ia tujuh kali, salah satu di antaranya dengan tanah. “Ini bermakna apabila mangkuk itu dijilat anjing, ia perlu dibersihkan kerana kotor sebelum digunakan, tetapi mengenai pengharaman anjing terdapat kekaburan dan kalau anjing itu najis kenapa dalam satu lagi hadis, haiwan itu dibenarkan dibawa berburu,” katanya yang dibesarkan mengikut mazhab Maliki.
Muzaffar berkata, dia banyak menjelaskan mengenai perkara itu menerusi blognya tetapi dihentam pelawat selain ada cubaan untuk menggodam laman itu. “Saya tidak cakap pendapat saya betul tetapi janganlah hentam dengan perkataan tidak sewajarnya sebaliknya kemukakan hujah yang baik berserta fakta bukannya mengikut emosi. “Malah saya cukup sedih dan terkilan kerana disebabkan anjing dianggap najis berat, ada di kalangan kita sanggup baling batu atau memukul haiwan dengan kayu sedangkan ia tidak berbuat apa-apa,” katanya yang turut memelihara pelbagai spesis burung, kucing dan monyet. Menjelaskan mengenai penyertaannya dalam pertandingan anjing selain gambar bermesra dengan haiwan itu, Muzaffar berkata, pembabitannya dalam pertandingan bukan untuk kemenangan atau menunjuk-nunjuk sebaliknya mahu anjingnya dinilai oleh pakar sebelum dimasukkan sebagai induk dalam program pembiakan kendaliannya. “Perkara ini penting kerana saya mahu hanya baka anjing terbaik dibiakkan misalnya Rottweiler. Saya tidak mahu induk yang mempunyai cacat cela atau masalah genetik dibiakkan.
“Selain itu, anjing adalah haiwan yang sensitif dan cerdik, ia menjaga tempat kita tanpa sebarang bayaran, jadi balasan kita untuknya adalah memberi kasih sayang. Sebab itu saya peluk dan bermesra dengan semua anjing peliharaan kerana ia adalah tanggungjawab pemelihara untuk membalas jasa haiwan mereka,” katanya. Menurutnya, memelihara anjing sebagai pengawal lebih baik daripada pemasangan penggera atau mengupah pengawal keselamatan kerana kesetiaan tidak berbelah bagi haiwan itu kepada tuannya. “Disebabkan itu, saya percayakan anjing malah saya akan teruskan usaha saya memelihara dan membiakkan baka anjing selagi terdaya bukan kerana mahu keuntungan tetapi sebagai hobi. “Saya juga merancang untuk membeli lagi tanah sebagai pusat haiwan terbuang, merawat dan menempatkan mereka ke rumah lebih sesuai,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20091011144410/Article/index_html




alllll d besss brother..named me before u against all d umat umat istemewa n d physco...allah bless u alll d way.
who is physco now?
he do the right thing,not wrong!
salam... saya tahu yg kita boleh pegang anjing...kalau anjing jilat kita...memang kena samak kan?
kalau kena samak...tuan MKI mesti selalu sgt dijilat anjing kan?
boleh advise? sbb komuniti berdekatan ada anjing dan biasa la bersentuh dgn anjing...cuma saya nak tahu bab2 kalau dijilat ni... tq
Ayasu ,
sebenarnya bela anjing sama seperti bela kucing , tidak perlu samak!
tiada ape-ape bukti yg menunjukan kene samak kalau pegang ataupun kene jilat ngan anjing.
setuju dengan fitrah...
tak ada hukum suruh samak. yang ada cuma pendapat ulama.Pendapat tak perlu la nak ikut pasal bukan hukum.