Translate:

Powered By google
;

17/10/09, Happy Deepavali utk semua kawan2 berbangsa India di Malaysia. Hari ini KiTTuN tunggu ketibaan MKI ke Kota Bharu. Jam 8.45am Mki tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu bersama Arie dan juga Juara Satria. Sehebat namanya berat badannya 46kg. Perghhh...! tambang utk seekor live animal ke Kota Bharu Rm10 per kg. Ini bermakna tambang utk satria adalah Rm460.00. Mahal dari tambang utk seorang dewasa bagi satu penerbangan class ekonomi.
Ketibaan MKI & Satria

Satria dimasukkan ke dalam travel cage khas utk anjing dewasa. Biasanya cage2 yg besar mcm ni susah nak dapat di Malaysia. Selalunya kena import anjing dr luar negara baru dapat cage besar mcm ni. Tengok pada saiznya Kittun pun muat masuk kedalamnya. Cage agak berat nak kena angkat 2 org utk masuk ke dalam kereta. Nasib baik muat kalau tidak terpaksa menyewa sebuah lori utk membawa cage yg besar itu.

Nasib baik Muat
Setiba dirumah, Stella sudah maklum ada penghuni yg hadir tanpa diundang. Kehadiran satria dapat dikesan oleh stella. Mki menarik keluar Satria dr cage, tapi satria agak malu2 nak keluar. Maklumlah rumah KiTTuN masih asing bagi dia. KiTTuN keluarkan stella dr sangkarnya, tujuan utk suai kenal dgn Satria. Malangnya stella agak aggresif utk menyerang satria. Dia tidak setuju dgn kehadiran satria di rumah KiTTuN. Mungkin perasaan cemburu menguasainya. Stella diikat di pokok, tapi dia semakin ganas menyalak dan cenderung utk menyerang. Risau rantai yg digunakan utk mengikat stella terputus KiTTuN tarik dia masuk semula ke sangkarnya. Sigh..! Stella sgt garang. Kesian satria, ia terpinga2 melihat keadaan stella yg tiba2 naik angin dan ingin menyerangnya.Tiba di rumah KiTTuN


MKI mengajak Satria keluar

Cian Satria Kaki masih semut2 3jam kat dalam cage


Stella cuba menghampiri satria tapi dihalang MKI coz stella nampak aggresif, Satria pula menyorok di tepi MKI tak berani nak berdepan dgn tuan rumah.

Nasib baik satria masih pening2 lalat selepas turun dr flight, kalau tidak mahu bergumpal diantara mereka. Keadaan kembali reda selepas stella dimasukkan ke sangkarnya. Mengenangkan keaggresifan stella KiTTuN rasa ada baiknya MKI bawa stella pulang. Lagipun Stella sudah mencapai umur matang dan sesuai utk dikahwinkan. Kawasan rumah KiTTuN yg terhad agak sukar utk membela 2 ekor anjing ganas. Sedih juga rasanya nak berpisah dgn Stella, Demi utk tidak menyekat naluri semula jadi haiwan, KiTTuN bagi peluang Stella beranak pinak disana. Ada masa terluang KiTTuN akan terbang ke sana utk melihat keadaan stella. Mulai hari ini Juara Satria akan mula berkhidmat di rumah KITTuN. Good Luck semoga ia cemerlang dalam melaksanakan tugas sebagai anjing penjaga di rumah KITTuN. Stella akan berehat dr perkhidmatannya utk menjalani program pembiakkan. Semoga stella beranak byk2.


Posted by KiTTuN Monday, October 19, 2009

4 comments

  1. m4rilyn Says:
  2. no further comment but i really enjoy reading you and your brother's blog.

    ~KBKL with love~

     
  3. Yueya Says:
  4. nice to see your dogs from your pics
    i like the Husky,beautiful..
    very nice..
    tp,cam mane Kittun boleh dpt Husky tu?

     
  5. kamal Says:
  6. Good to see people enjoying having dogs. Suprised to see dogs in Kota Bharu, cause in KL you'll have people complaining even though your dogs well behaved. Might want to get a male from your brother

     
  7. mountdweller Says:
  8. Salam anakanda.

    Tambangnya mahal. Tapi harganya berapa? Ayahanda jahil pasar anjingni.

    Masa budak dulu ayahanda suka anjing yang kecil. Memang cute. Ayahanda juga berburu bersama arwah bapa saudara semasa hayatnya bersama anjing yang cekap berburu. Itu cerita semasa ayahanda muda/belum kahwin.

     
Related Posts with Thumbnails

Subscribe here

Kittun Katz Bengal Cattery of Malaysia

Loading...

KiTTuN & MKI

KiTTuN & MKI
Click For Large Image

Myvisitors

Followers

Geng2 Bela Anjing