"Jangan menghina biar dihina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Thursday, September 10, 2009

Kalimat anjing di dalam al-Qur'an

Terdapat enam perkataan anjing di dalam al-Qur'an. Daripada ayat-ayat yang berikut difahamkan bahawa anjing bukanlah najis malah ia menjadi teman bagi pemuda-pemuda beriman yang mencari perlindungan di dalam sebuah gua:



5:4. Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."
(Apa yang ditangkap oleh anjing yang dilatih untuk berburu adalah halal dimakan. Anjing tidak menangkap dengan kakinya.)

7:176. Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan.
(Anjing ini tidak reti bahasa.)

18:18. Kamu menyangka bahawa mereka jaga, sedang mereka tidur, sementara Kami membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, dan anjing mereka menjulurkan lengannya di ambang. Sekiranya kamu melihat mereka, tentu kamu berpaling daripada mereka, melarikan diri, dan dipenuhi dengan ketakutan yang amat sangat terhadap mereka. (Sahabat orang beriman)

18:22. Mereka akan berkata, "Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata, "Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka." Katakanlah, "Pemeliharaku sangat mengetahui bilangan mereka, dan tiada yang mengetahuinya, kecuali sedikit." Maka janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan janganlah menanyakan seseorang pun antara mereka satu keputusan.

2 comments:

ruh said...

sokong 100%..mana ada hukum samak kalau kena anjing.Manusia yang suka tokok tambah hukum allah.

Anonymous said...

Boleh saya kenal dengan Oom Kittun? Kebetulan saya penyayang anjing.. padahal saya Islam..

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA-MANA PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYALIN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA-MANA INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers