Tuesday, June 9, 2009

“A TALE OF MARI AND THREE PUPPIES (Japan)”






  • Mari And Three Puppies, Citer ni sgt2 menyayat hati. Sedih sgt... :(
    Mengisahkan 2 org kanak-kanak bernama Aya & Ryota dan anjing kesayangan mereka. Bermula setelah mereka kematian ibunya. Ayahnya telah membawa mereka berdua berpindah ke sebuah perkampungan. Setiap malam sebelum mereka tidur, Ryota akan membaca surah wasiat dr ibu mereka. Pesanan & nasihat seorang ibu ditulis diatas sekeping kertas. Hidup mereka sentiasa dalam kesedihan semenjak ibu mereka meninggal.


  • Pada suatu hari Aya & Ryota pergi bermain di suatu kawasan yg sgt indah, tempatnya tidaklah jauh dari rumah mereka. Tetiba disitu ada seekor anak anjing yang ditinggalkan didalam sebuah kotak. Anak anjing itu sgt manja & comel. Setelah mereka berdua puas bermain akhirnya mereka ingin pulang, tapi anak anjing itu mahu ikut mereka pulang. Ryota berkali-kali cuba menghalau anak anjing itu dr mengikuti mereka pulang kerumah. Bukan mereka tidak suka anak anijing itu tapi ayah mereka agak alergi dgn anjing. Anak anjing itu disergah lalu kembali ketempatnya.

  • Keesokkan harinya Aya & Ryota mencari akal bagaimana ingin membawa pulang anak anjing itu kerumah mereka. Mereka cuba memujuk datuk mereka supaya membawa balik anak anjing itu kerumah & memujuk ayah mereka supaya menerima anjing itu. Sebagai seorang datuk yang penyayang dia tidak mahu menghampakan harapan kedua cucu mereka. Aya meminta supaya anak anjing itu dijadikan hadiah ulang tahunnya yg akan tiba tidak lama lagi. Akhirnya datuk mereka akur & menyorok anak anjing itu didalam jaketnya lalu membawa anak anjing itu pulang kerumah. Tapi bila sampai di rumah ayah aya & ryota dapat mengesan sesuatu yg disorok didalam jaket org tua itu. Aiyoooo..., cubaan utk menyorok anak anjing itu gagal. Berlaku sedikit pergaduhan antara mereka, lalu aya membawa anak anjing itu keluar dari rumah. Sehingga larut malam Aya & anak anjing itu masih belum pulang. ayah dan abg nya keluar mencari Aya. Akhirnya mereka menjumpai Aya sedang tidur bersama anak anjing di tempat anak anjing itu dijumpai.


  • Dengan penuh perasaan kasih sayang seorang bapa akhirnya dia akur dgn kehendak kedua anak mereka. Anak anjing itu akhirnya dibawa pulang dan dinamakan dgn nama 'MARI'.
    Kehidupan mereka berubah semenjak kehadiran Mari ke rumah mereka. Keceriaan terpancar di wajah kedua-dua anak mereka. Aya & Ryota seakan-akan terlupa dengan kesedihan kehilangan ibu mereka semenjak Mari hadir dalam hidup mereka. Segalanya sudah berubah kesedihan diganti dengan kebahagiaan. Setahun masa berlalu akhirnya Mari melahirkan 3 ekor anak yang sgt comel.


  • Malangnya kebahagiaan itu tidaklah lama, gempa bumi telah melanda negara mereka. Sebelum kejadian gempa bumi berlaku Mari seolah-olah tahu sesuatu yang buruk akan berlaku. Sikap luar biasa Mari mencetuskan tanda tanya kepada Aya. Kebijaksaan seekor anjing dapat dilihat dalam filem ini. Rumah mereka telah musnah, Aya & datuknya masih didalam. Kedua mereka telah dihempap oleh rumah mereka sendiri. Ryota masih berada di sekolah, manakala ayahnya masih ditempat kerja. Masing-masing juga dilanda gempa bumi tapi nasib menyebelahi mereka kedua mereka selamat.

    Segala perhubungan terputus, Aya & datuknya masih tertimbus dibawah runtuhan. Mari, anjing yang bijaksana berusaha mencari kedua tuannya dibawah runtuhan itu. Dia cuba mengorek tanah utk mencari jalan bagaimana hendak menyelamatkan tuan mereka yg tertimbus. Sungguh menyayati hati sekali. Mari sanggup cedera demi menyelamtkan tuan mereka. Kedua belah tangan Mari luka terkena kaca dan kecederaan yang berlaku semasa mengorek lubang. Gempa demi gempa berlaku. Tiada bantuan sampai kepada Aya & datuknya yg tertimbus. Ryota & ayahnya yg masih berada di bandar berusaha utk pulang kerumah mereka. Malangnya pihak berkuasa menghalang demi tujuan keselamatan.

    Mari tidak berhenti-henti berusaha menyelamatkan tuannya. Akhirnya pihak tentera melancarkan bantuan kemanusiaan mengesan & mencari mangsa-mansa yg tertimbus. Pesawat keselamatan dihantar ke lokasi-lokasi yg mnerima bencana. Mari dari jauh sudah mendengar bunyi pesawat itu. Dia berlari ke arah pihak tentera utk mendapatkan bantuan. Berkali-kali Mari menyalak memaklumkan tuannya cedera.


  • Akhirnya Pihak tentera berjaya menyelamatkan Aya & datuknya. Mereka akhirnya membawa Aya & datuknya utk diberi rawatan & dipindahkan ketempat yg selamat. Apa yg mendukacitakan Mari & ketiga-tiga anaknya terpaksa ditinggalkan...sedih sgt. Aya menangis & menjerit-jerit memanggil nama Mari.

    Bagaimanakan Mari & anaknya meneruskan kehidupan mereka? Saksikan kisah mereka seterusnya di youtube @ download kat torrent, atau beli cd kat toko2 cd..hehehe..! Kisah yg betul-betul menyayat hati yang buat saya menangis. Nak tau kisah seterusnya nanti KiTTuN update lain kali.


8 comments:

broC said...

hi kittun...no wonder cm penah tgk muvie nie...
da bace smpi habes, bru dpt recall...

Zamani84 said...

Org Jepun suke wat cite sedih mcm nih
Huk huk
Kak Kittun
Penah tengok cerita Shiro & Marylin tak?
Kalau jumpe kat mana2 leh lah tepek kat sini
Rindu nak tengok

broC said...

kittun, found some of stella photo on 1 blog.i believe its taken witout ur permission.u might want contact d blog owner.put d link here
http://malaysiasensasi.blogspot.com/2009/06/melayu-pegang-anjing.html

Siti Nurul Jannah Fital said...

salam ziarah..
sis..sudi kiranya bertukar link...dan saya mohon izin untuk link dgn sis...juga mki..
luv to read...everything about cat...

sis, i dah jenguk blog yg broC mention..Ya betul laa...itu kan pic stella...

Tuah said...

anjing nie kat jepun jer ker? selalu tgk jenis anjing nie dalam komik

Tuah said...

anjing nie kat jepun jer ker? selalu tgk jenis anjing nie dalam komik

fitrah said...

Kittun suka anjing baka ape ei?

Anonymous said...

shiba inu.saya duduk di jepun dan selalu nampak shiba inu di kebanyakan rumah.mmg cute

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA-MANA PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYALIN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA-MANA INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers