Demo Site

Sunday, June 7, 2009

Alahai Stella

  • Stella nampak mcm takde semangat. Ermm.. rindu Akiey kot. Ops lupa stella period. Hari ni hari ke-3 dia period. Seperti kita, anjing juga mengalami putaran haid seperti manusia. Sesetengah org tak suka bela anjing betina. Kenapa yer ? Inilah masalahnya , anjing betina akan mengalami haid setiap 6 bulan sekali. Alah….., haid bagi seekor anjing betina bukannya byk pun. Takdelah meleleh-leleh mcm org turun darah atau keguguran. Cuma sekali sekala ia menitik.
  • Anjing betina yg sudah dewasa biasanya dia tahu cara utk membersihkannya. Sekali tengok mcm takde apa-apa pun berlaku. Sebagai pemilik KiTTuN sentiasa peka dengan perubahan yg berlaku kepada anjing kesayangan KiTTuN. Stella sebenarnya kurang sehat. Telinganya mengalami sedikit masalah. Dia sakit telinga. Dah cuba hubungi doctor klinik haiwan yang berhampiran dengan rumah KiTTuN. Malangnya doctor agak bz so tak sempat nak buat rawatan kerumah KiTTuN.

  • “Macamana ni…esok jumaat, sure doctor tutup klinik punya”. Hari minggu memang klinik tak buka. Takpelah tunggu jer hari sabtu kot-kot klinik buka.

  • Tunggu punya tunggu klinik tutup jugak rupanya cuti meraikan hari agung… "Alamak.. nak buat macamana ni. Tak syok arrrr… biarkan haiwan ni menderita lelama". Walaupun hanya sakit telinga rasanya perlu rawatan segera. Saya try hubungi Dr.A**** di Hospital Veterinar. Alhamdulillah klinik dia beroperasi seperti biasa walaupun hari ini hari agung.

    Lama juga berfikir mcmana nak bawa stella ke klinik sebab sekarang ni dia tengah period…Nanti menitik-nitik pula darah dia dlm kereta KiTTuN. Ish! Tak boleh jadi ni.
    Akhirnya KiTTuN dapatkan pampers Size XXL lalu dipakaikan kepada stella. Ahaks..! selesai masalah. Mulanya terbahak-bahak juga KiTTuN dengan bibik tengok Stella pakai pampers sampai kami terduduk gelakkan stella. Apa boleh buat itu lah satu-satunya cara untuk bawa dia dengan kereta.

  • Stella yang pertama kali kena pakaikan pampers tak henti-henti berusaha nak buka pampers di bontotnya itu .‘Bibik…tolong bik.., tolong tarik perhatian Stella jgn kasi dia buka pampers tu. Saya driving ni. Kejap lagi kita akan sampai”. Bibik yang dr tadi tak henti-henti ketawakan stella tolong tarik perhatian stella supaya dia lupa akan pampers di bontotnya. Alhamdulillah kami selamat sampai. Malangnya doctor keluar sekejap ada urusan. Dalam masa 15min doctor akan sampai. Sabar jer lah. Stella harus ditenangkan kami cuba tarik perhatian dia pada benda lain. KiTTuN bawa dia pusing-pusing di kawasan luar klinik hingga ke belakang bangunan.



  • Aiyooo..ada dalmantian lah. Terkejut juga KiTTuN tengok dalmantian tu di kurung di dalam sangkar di belakang klinik Dr.A****. ‘Ermmmm…., Macam sakit je anjing dalmantian ni.’ stella cuba menghampiri tapi KiTTuN sentap tali penuntun stella dengan keras tanda amaran KiTTuN tak mahu stella mendekatinya. Memang stella perasaan ada anjing di dlm sangkar, tapi KiTTuN tak mau stella dekat, takut nanti berjangkit apa-apa penyakit yg dibawa oleh anjing itu . Dengan taat setia stella jauhkan diri. ‘Good Gurl’ sambil KiTTuN usap-usap kepala stella.



  • 10 minit berlalu, Dr.A**** belum muncul-muncul lagi. Bibik tak jemu-jemu snap pic KiTTuN & Stella. Yer lah KiTTuN kasi peluang dia pegang SLR. Apa lagi berjalanlah tangan dia. Nampaknya stella sudah mulai lupa pampers yg ada dibontotnya. KiTTuN pandang bibik lalu memberi tanda isyarat “stella dah tak ingat pampers dia” lalu kami sama-sama ketawa. Muahahahaha…! Stella memandang kami kehairanan. “Shhhh…. Nanti dia perasan..” Hehehe..! Dalam asyik ketawa tetiba kereta Dr.A**** muncul. Alhamdulillah takdelah kami menunggu terlalu lama.

  • Sebagai pencinta haiwan KiTTuN minta penjelasan dari Dr.A**** tentang anjing Dalmatian yg dikurung di sangkar kecil itu. Menurutnya anjing itu dipelihara sejak kecil lagi. Pada mulanya ia sepasang, jantan dan betina tapi anjing dalmantian jantan miliknya telah dilanggar oleh sebuah kereta lalu mati. Sangat menyayat hati.
  • Kini hanya tinggal seekor Dalmantian betina saja dalam jagaannya. Saya minta Dr.A**** berikan ruang yg lebih luas kepada anjing Dalmantian itu supaya dia lebih selesa. Dr.A**** seorang doktor haiwan yang berjaya di Kota Bharu. Beliau dan suaminya adalah doktor veterinar. Saya sungguh bangga sekali dengan pencapaian mereka suami isteri. Tanpa berlengah saya dijemput Dr.A**** untuk memberikan rawatan kepada Stella. Lalu kami segera ke bilik rawatan. Telinga stella di bersihkan dan diberi ubat.

  • Tetiba telefon berbunyi alahai..., dalam keadaan bz mcm ni hp selalu berbunyi. Oh mybrother rupanya. “ok..ok I called u later sedang buat rawatan utk stella ni bye2”. Kami sambung merawat stella lagi. Selepas stella selesai dirawat giliran Camry pula menerima rawatan. Camry ni kucing kittun yg mengalami sakit kulit. So rawatan yg lebih teliti diperlukan.


  • Bila semuanya selesai lega rasanya. Cuma sekarang ni dok pikir-pikir waktu sudah tiba utk pulang, bila dah naik kereta stella pasti akan perasan balik pampers yg ada dibontotnya. Adeh..! Yer lah bila dah takde benda lain depan matanya itu lah yg dia nampak. 'Arrrrr...." KiTTuN masuk balik ke klinik cari sesuatu yg boleh menarik perhatiannya. Ahaks…., KiTTuN beli mainan utk stella sekurang-kurangnya dalam perjalan balik nanti perhatian dia hanya pada toys. Jadi lapanglah sikit waktu memandu pulang nanti. Alhamdulilah kami selamat sampai ke rumah.



  • Jam dah hampir pukul 12mlm. Memang sgt ngantuk. Rutin sebelum tido, kittun akan kuar ke halaman rumah melihat semua pets and wanna say gudnite kepada mereka semua. Bila nak cuba lelapkan mata tetiba terbayang wajah anjing dalmantian yg dikurung di dalam sangkar kecil tadi. Ya Allah.. Saya sangat sedih dgn apa yg saya lihat di siang hari tadi. Dengan ruang yg sempit, dengan kulit yg bermasalah, KiTTuN sedikit kecewa dengan keadaan anjing Dalmantian itu. Dia seolah-olah tidak dijaga dengan baik oleh pemiliknya. Rasa sedih pun ada. Ianya sgt2 melukai hati KiTTuN. Semoga ia sembuh dan mendapat tempat serta layanan yg baik dari pemiliknya. Tak sedar air mata mengalir akhirnya KiTTuN terlena.

19 comments:

kelate said...

apa kata kittun ambik dan hantar ke mki je anjing dalmantian tu? nampak nya anjing tu sedey..kalau tgk tgk dari pic tu...i know u can afford to get it..am i right?

D.L Sumunie said...

Lucu pula bila dengar stella pakai pampers.

Sad ending entri ni, bukan apa sumunie turut terasa bila kittun kata Dalmatian tu tak dijaga dengan baik oleh tuan nya. Apa yang sumunie sering lihat adalah bila anjing2 ni masih kecil, maksudnya puppy lagi orang semua suka dan sayang tapi tu lah bila dah tua binatang ini tak dipedulikan lagi.

manusia oh manusia..sedihnya.

KiTTuN said...

D.L Sumuni,:

KiTTuN tahu awak juga pencinta haiwan seperti saya. Bagi sesetengah orang memelihara haiwan adalah untuk kepuasan hati semata-mata. Bila ini berlaku maka sewaktu haiwan itu masih kecil & comel ia akan disayangi dibelai dan dimanja. Tapi bila ia sudah tua berbeza pula layan kita terhadap mereka.

Itu sgt lah tidak adil, nampak sgt kita ni pilih kasih. Sepatutnya perkara seperti tidak berlaku. Ikatan kasih sayang antara haiwan dan pemiliknya haruslah dr hati yg tulus ikhlas.

Bagi KiTTuN semakin lama KiTTuN membela haiwan itu, makin sayang rasanya terhadap mereka. Yer lah dah lama mereka hidup bersama kita. Apa salahnya kita beri mereka layanan yg baik seperti sewaktu mereka masih kecil dahulu.

p/s: Haiwan yg dibela tidak akan mengkianati tuannya. Lebih-lebih lagi jika ia seekor anjing. Tetap akan 'taat & setia' walaupun tuannya itu seorang yang papa kedana.

kelate said...

Dalmatian ni kepunyaan doktor tu ke? kot ye pun,kalu tak nak pelihara..bagi je kat sapa2 yg mau....

anjut said...

apa la org2 yg ckp cara kittun bela anjing tu, kalau tgk org yg bela rimau tu, siap di peluk2 n dibangga2, boleh plak?, zaman sahabah ada ke org bela rimau?bela binatang memang la mcm ni, kena jaga dan sayang.(i think u should ignore those peeps, they r saying without thinking...poor creature...)

no wonder la kalau anjing2 kt mesia ni garang2, coz tuan2 anjing tu tak reti jaga, lama2 anjing2 tu stress.

dir...antologi hidup apple sepi... said...

kittun...tringin nak g umah kittun
waaaaaa....nak tngk kucing2 kittun....
umah kittun kat mn ek???
skang saya kat udm ni
13 jun baru balik....huhu nak g umah kittun...

J u l i a 。.゜✿ said...

my goodness.. saya betul2 kagum dgn kittun ! i'm an animal lover too. & blog kittun ni boleh buka mata readers tentang kasih sayang pada haiwan walaupun anjing. =D

sayang kittun !! semoga life kittun lebih dimurahkan rezeki.

ok nak sambung baca entries lain. jumpa lagi

Ija1202 said...

ala....cutenya stella pakai lampin..
ermm...idea yg bernas...boleh la di sarankan kepada adik, cico(anjing betina) yang bakal deliver...ahaks..

**hanya orang yg tahu akan perasaan binatang jer akan menyayangi ia sama seperti manusia walaupun ia adalah seekor anjing...
bak kata adik saya...dia sanggup kehilangan harta tapi bukannya cico..**

KiTTuN said...

Anjut,:

Anjing yg dilatih dgn baik oleh pemiliknya akan lebih cool, Ia hanya akan menyerang bila ada penceroboh yang mencurigakan sahaja. Sebab itu sebagai pemilik, kita kena perihatin dgn haiwan peliharaan kita lebih-lebih lagi anjing. Macamana nak latih seekor anjing menjadi anjing penjaga yg terlatih kalau pemilik tidak menyentuh & membelainya?.

Sedangkan mana-mana buku rujukkan & pelatih-pelatih anjing sendiri sentiasa mengingatkan pemilik supaya selalu membelai dan memberi pujian kepada anjing-anjing mereka jika anjing-anjing itu mengikut arahan dari tuannya.

broC said...

peace be upon u kittun....
huhuhu

KiTTuN said...

HIDTHIR,:

Umah KiTTuN di Kota Bharu Kelantan 7 minit dr bandar KoTa Bharu,
Nak dtg umah KiTTuN boleh, apa2 nanti buat appointment kat email.


Julia,:

Tak rugi kita buat baik kepada haiwan. Mereka juga makhluk Allah seperti kita juga. Moga-moga makhluk Allah yg tiada dosa ini (anjing) sentiasa memohon kepada Allah semoga diampunkan segala dosa-dosa KiTTuN dan diberikan rezeki yg berpanjangan.


Ija,:

Dizaman sekarang ni byk perkara dipermudahkan. Bukan baby jer boleh pakai pampers, anjing pun boleh. hehehe..! kalau tak mau anjing kencing rata-rata boleh train anjing pakai pampers sejak dr kecil lagi. :D
KiTTuN setuju dgn adik Ija, wang boleh dicari tapi pet? aiyooo mana boleh ganti woooo...!

Putri Nor Ashiqin said...

hye kak kittun...Dr hasnul tu my neighbour tau hehehhe dia hari2 bwk anjing dia byk sgt n tinggi2 semuanya sgt comel....serius happy tgk anjing2 tuh

KiTTuN said...

Hi Putri Nor Ashiqin,:

Ya..ya, Dr.Hasnul, selalu chat dgn dia kat Facebook, Apa2 masalah kesihatan anjing & kucing saya selalu rujuk kepada dia. Dia sgt baik & mesra sekali. Memang anjing-anjing salukis dia sgt cantik, Maklumlah dia tu Doktor haiwan kan kalau anjing-anjing sakit dia boleh rawat sendiri. Dia salah seorang contoh muslim yg sangat sayangkan anjing. Saya betul2 bangga dgn apa yg dia lakukan. Anjing2 saluki dia juga sgt happy memiliki tuan sepertinya.

KiTTuN said...

Salamz,

Kelate,:
Sebenarnya Dalmantian itu memang sudah berada di tempat yg betul. Dia perlukan rawatan intensif dari Doktor A****. Kalau dia bersama KiTTuN pun, pasti saya juga akan bawa anjing itu utk mendapatkan rawatan dari doktor A**** .

Apa yg diperlukan disini adalah sangkarnya harus diperbesarkan supaya ia lebih selesa. Bayangkan kalau kita duduk ditempat yg sempit. Bagaimana keadaan kita?
InsyaALLAH KiTTuN akan kesana lagi dalam waktu terdekat. Minta kerjasama Dr.A**** agar lakukan sedikit transformasi kepada sangkar anjing itu.

KiTTuN pernah menerima satu email yg menghantar komen tidak puas hati kepada KiTTuN bahawa KiTTuN terlalu manja & melayan anjing seperti bukan seorang muslim.

Mengikut email beliau orang zaman sahabah dulukala tidak melayan anjing seperti kittun melayan anjing-anjing kittun.

Cara yg bagaimanakah yg paling sesuai utk melayan si anjing bagi seorang muslim? Adakah dgn cara seperti gambar diatas ? Anjing hanya diberi makan dan minum kemudian diletakkan di dalam sangkar yg kecil di satu sudut kononya supaya tidak membawa najis keseluruh rumah. begitu kah cara yg terbaik utk melayan si anjing bagi seorang muslim ?.

Kita jangan lupa haiwan juga ada perasaan seperti manusia lebih2 lagi kalau ia seekor anjing. Bagi seorang muslim, Kita juga jangan buat-buat lupa perhitungan akan ada di kemudian hari.

Eddy said...

kittun ,,, saya pun nak melawat umah kittun ... minat la ngan stella ngan akiey ... heheh

fruzabdullah said...

Stella kena sakit telinga gak ker..? kesian.. Kujo (my German Sherperd) pn minggu lepas kena sakit telinga.. antar g clinic... seb baik tak kena masuk ward.. tapi pas sehari semua dah cam sedia kala...

nampak nya Kittun mmg kena beli kereta pick-up (truck) pas ni.. senang nak bawak akie and stella jalan jalan.....

anak mamak said...

Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma’ Ulama’. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan Al-Quran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma’ adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam.
Begitulah juga di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut kewajipan solat sehari semalam sebanyak lima kali dan 17 rakaat. Al-quran juga tidak menyebut berkaitan dengan najis yang dimaafkan, kotoran manusia dan air kencing. Walaupun al-Quran tidak menyebutnya, tetap kita mengatakan ianya bernajis dan tidak boleh dimakan atau minum. Begitulah juga apabila seseorang selesai membuang air kecil atau besar tidak terus menunaikan solat walaupun al-Quran tidak menyebut kenajisannya. Hal ini kerana najis demikian disebut dalam sunnah Nabawiyah.Bagi Mazhab As-Syafi’iyah dan Al-Hanabilah sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liurnya sahaja yang bernajis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk air peluhnya. Bahkan haiwan lain yang kahwin dengan anjing, akan ikut hukum yang sama juga (iaitu najis yang berat). Pada pandangan Syafi’iyah badan air liur dan mulut anjing adalah najis kerana sumber air liur itu datangnya dari badan. Maka badannya itu juga merupakan sumber kepada najis. Termasuklah air yang keluar dari tubuh badan anjing itu sendiri seperti air kecil, air besar dan peluhnya.
Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda,"Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny).
Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis. Wallahua'lam.

Papa meow said...

Memang benar dalam mazhab al-Syafi`iy dan Hanbali, seluruh anjing adalah najis.

Sedang kan mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis.

Mazhab Hanafi berada dipertengahan, di mana mereka berpendapat anjing bukan najis, namun mulut, lidah dan air liurnya adalah najis.


Pendapat yang lebih kuat adalah pendapat dari mazhab Maliki dan Hanafi. Sedangkan yang lebih kuat antara keduanya adalah pendapat dari mazhab Maliki yaitu anjing tidak najis termasuklah air liurnya.

Tuan blog ni bemazhab maliki. Jadi anak mamak di atas tak payah lah berhujah panjang lebar. Sebab Mazhab Maliki tidak memandang anjing itu najis.

Nor Fahizeen said...

Thanks for the short explanation Papa Meow, buat penat je cite kalau org tu tak reti2 nak faham, Mazhab ada 4.

Anyway, Stella is so cute, ekor pun tak nampak.

Dalmation, kesian. Sedih tgk dia langsung tak boleh berdiri. Agaknya dah berapa lama dia dikurung dlm kandang yg kecil dan tak boleh berdiri langsung.

And she looks a bit thin... unhealthy... cepat sembuh ya sayang... muahs

New Breed for KiTTuN Cattery

New Breed for KiTTuN Cattery
Rasputin import from Belgium
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA2 PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA2 PIHAK YANG INGIN MENYALIN APA2 YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA2 INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers