Tuesday, June 2, 2009

Akiey vs Husky

  • Salam kepada semua kawan-kawan, peminat setia, dan tak lupa juga pengunjung misteri yg tak jemu-jemu menjegah ke blog KiTTuN. Kepada mereka yg setia bersiaran bersama KiTTuN, saya ucapkan terima kasih. Dah lama tak update blog, selalunya setiap 2 atau 3 hari sekali KiTTuN update mengikut cerita dan sumber-sumber bacaan utk dikongsi dengan kawan-kawan semua.


  • Kali ni tak banyak yg dapat di kongsi bersama, cuma sekadar coretan kenangan manis bersama haiwan kesayangan KiTTuN. Semalam hari yang di tunggu-tunggu untuk KiTTuN menghantar Akiey ke rumah pasangannya. Dah sampai waktu utk dia membiak. Naluri haiwan juga seperti manusia. KiTTuN cuba utk tidak menyekat naluri semula jadi makhluk tuhan ini. Dalam pencarian yang agak panjang akhirnya KiTTuN berjaya dapatkan pasangan utk Akiey. Kalau manusia hidup berpasangan , haiwan juga mempunyai naluri yang sama. Cuma kelebihan manusia tuhan kurniakan kita akal fikiran.









  • Siberian Husky jantan milik Sebastian, kenalan KiTTuN di Kg. Wakaf Bharu menjadi pasangan untuk Akiey. Dah 3 thn usianya tapi masih teruna. Kesian...., tidak ada pasangan untuk dikahwinkan. Maklumlah anjing jenis Siberian Husky ini amat sukar untuk diperolehi lebih-lebih lagi di negeri Kelantan. Kehadiran KiTTuN disambut mesra oleh ibu & ayah Sebastian. Sebastian ketika ini masih di Kuala Lumpur kerana bertugas di sana. Ini Kali kedua KiTTuN berkunjung kerumahnya. Kali pertama tahun 2008. Keluarga yang sederhana ini cukup peramah dan mesra sekali. Hidup di penempatan melayu dan amat petah berbahasa kelantan. Jadi perhubungan kami terjalin dengan baik. Banyak kelebihan negeri kelantan lebih-lebih lagi masyarakatnya hidup dengan suasana harmoni tidak mengira kaum & agama. Saling menghormati di antara satu sama lain.



  • Pertama kali bertemu pasangan, Akiey amat gembira sekali. Lompat sana, lompat sini, cium-cium seolah-olah dia tahu bahwa itu adalah pasangannya. Tak kurang juga pasangannya bergegas berlari utk mendapatkan Akiey. Kami sebagai pemilik hanya tersenyum memerhati reaksi dan tingkah laku nakal anjing milik kami. Sesi perkenalan Akiey & pasangannya berakhir, lalu KiTTuN minta diri untuk pulang. Akiey ditinggalkan bersama pasangannya. Harap-harap ada berita baik untuk KiTTuN nanti.
  • Sebelum Akiey dihantar kerumah pasangannya, kami sempat singgah di Pantai Sri Tujuh utk melihat keindahan ciptaan tuhan. Dah lama KiTTuN tak kesana. Rasanya banyak perkara yang berubah. Suasana pantai yang semakin cantik dengan udara yang nyaman cukup menenangkan. Sedang asyik menikmati keindahan alam, tetiba KiTTuN dikejutkan dgn kehadiran anak-anak muda seramai 4 orang yang agak nakal. Singgah untuk menyapa KITTuN dan anjing-anjing KiTTuN. Mungkin mereka agak terkejut melihat KiTTuN bersama 2 ekor anjing. Mulanya mereka asyik melihat Akiey, dr jauh memang orang akan mudah perasan kelibat Akiey disebabkan bulunya berwarna putih, mungkin mereka tidak perasan dengan kehadiran stella di sisi KiTTuN, yer lah sama2 hitam. Bila mereka menyedari kehadiran rottweiler stella mereka segera berlalu pergi. Thanks Stella. Beberapa minit kemudian kami pun bergegas pulang.

Saiz badan stella & akiey dah jauh lebih besar dari badan KiTTuN, Sifat anjing memang taatkan tuannya walaupun saiz badan tuannya jauh lebih kecil dr nya.


Bagaimana agaknya org zaman salaf melayan anjing mereka? Bagi org yg alergi dgn anjing cara layan yg lebih afdal adalah ambik kayu & batu baling anjing. Agak-agak nak tak anjing tu berkhidmat kepada tuannya yg bersifat kejam itu?


  • Hari sudah agak senja setibanya di rumah, Rottweiler Stella nampak macam tercari-cari sesuatu. Rupanya dia mencari Akiey. "Akiey sudah ditinggalkan sayang! go n inside ur cage!". Tanpa berlengah dia masuk ke kandang. Tapi matanya tetap memandang ke kandang Akiey. "Dont worries mydear..., mummy akan bawa balik Akiey secepat mungkin".

13 comments:

D.L Sumunie said...

Bintang kesayangan kittun amat bertuah memiliki tuan yang menyayangi mereka. Sumunie kagum dengan kittun sebenarnya sama macam sumunie kagum dengan DR. haiwan di mana sumunie sering menghantar haiwan2 kesayangan sumunie untuk rawatan.Dr haiwan itu seagama dengan kittun namun sumunie nampak dia amat menyayangi haiwan termasuk anjing. Sememangnya haiwan berhak untuk dilayan sama seperti manusia.Ahkirnya, sumunie suka blog kittun ini krn banyak pengetahuan diperolehi. Thanks kittun kerana berkongsi. :D

broC said...

peace be upon u kittun...
ermmm....nk tnyer...cane u blaja train ur stella?
seriusly...minta gile nk bela but i know...its hard to keep a dog in orthodox malay community..rather than training a dog..

daa~

fruzabdullah said...

comel nyer siberian Husky ni...tapi kat sini (Sudan) susah nak bela sebab panas sangat.. Fruz nyer German Sherperds cam dah tak tahan.. asyik lari masuk dalam bilik A|C jer..

tapi nanti bila balik Mesia nak gak ler bela Siberian ni...

KiTTuN said...

D.L Sumunie,
Terima kasih, Sebagai pemilik kita harus tunaikan hak utk haiwan-haiwan belaan kita. Supaya tiada tuntutan dikemudian hari. Saya bangga dengan Dr.vet, kebanyakkan dari mereka dianugerahkan dengan perasaan kasih sayang & belas kasihan terhadap haiwan. Kalau tidak, masakan mungkin mereka mengurus & merawat haiwan-haiwan yg menderita kesakitan sebaik mungkin. Semoga Tuhan adil dalam menilai & merahmati org-org yg berhati mulia ini.


BroC,:
Utk train @ melatih anjing penjaga seperti Rottweiler Stella, Saya banyak mendapat tunjuk ajar & panduan dr pasukan polis dr unit pengesan PDRM, Setiap minggu dia akan datang grooming & tranning anjing-anjing saya, lebih-lebih lagi rottweiler saya tu. Segala panduan & tunjuk ajar itu saya praktikkan sebaik mungkin utk melatih anjing-anjing saya. Tidak sekali-kali saya sia-siakan peluang yg ada.
~Daaaa...~


FruzAbdullah,:
Berminat nak bela Siberian Husky, Balik Malaysia nanti Contact KiTTuN. German Sherperds ? wow.., KiTTuN sgt teruja. 1 day rasanya ingin memilik. InsyaALLAH.

KiTTuN said...

BroC,:

Bagi pemilik anjing beragama islam yg hidup di kalangan masyarakat melayu islam yg orthodox, mungkin akan mengalami sedikit tekanan.

Segelintir masyarakat melayu islam ini, terlalu terikat dgn Feqah yg mereka tidak luaskan.

Kalau kita rasa tidak mampu utk menghadapi situasi yg agak mencabar dlm masyarakat, sebaiknya dijauhkan saja.

Sebenarnya cabaran hidup ada dimana-mana jadi pandai-pandailah kita untuk menghadapinya.

fruzabdullah said...

yeap orthodox malay... fruz sokong dengan statement ni... bila fruz citer kat kawan kawan yang fruz ada 2 ekor German Shepherd.. banyak yang commen.. ada yang ok.. ada yang keji.. saper yang keji tu.. tahan telinga ler kena brain wash dek fruz

... walaupn fruz adalah syafie punya mazhab... bukan takder cara untuk bersuci.. kalau kita pegang anjing or babi.. cuma kita kena lebih berhati hati...

orang melayu.. nampak anjing jer.. terus kata.. tak bleh... haram

bab tanah jadi soal.. susah ker nak cari tanah?sekarang siap ada sabun dari tanah liat laie...tapi orang melayu still phobia...

so nasihat.. just ignore jer.. kita buat apa yang kita rase and pasti betul....

nk tgk my gemany?.... (sajer nak share my beloved puppies)

http://fairuzabdullah.blogspot.com/2009/05/new-ranhillian-aka-new-staff.html

KiTTuN said...

Alah..., perkara yg menyusahkan, malas, cerewet,leceh, was-was, sgt sinonim dgn masyarakat melayu. Mana dia org nak susah payah sikit. Mau yg senang-senang aja :D

Bukan ker ada kaedah mencuci, praktikkan lah kaedah tu.. bila lagi kita nak try kan?

Thanks fruz sertakan link tu. Kedua mereka sgt cute. Latih mereka utk jadi guard dog yg cemerlang. Pasti suatu hari nanti awak akan berbangga dgn mereka.

Eddy said...

aku pun minat ngan german shepards nie... ada rumah esok macam MKI aku nak bela la ... :)

broC said...

re-kittun

oo...k-9 unit.mmg derang wat service cmtu ker? dtg umah train n grooming ?

hmmm..i`ve talk to my dad bout keepin a guard dog since our house quite far from people n surrounded by jungle..he just say no but ummi say big NO...hahaha..since dia ajk masjid n ader slot mlm utk teach people kt masjid..takut nnti org2 masjid was2 smayang berimamkn imam yg bela anjing...n mulut2 org kampung....u know..malay....always talk behind..on back..zzzz..=.="

n now kt umah bela angsa...as guard house...lol

KiTTuN said...

BroC,

Dah memang kerja anggota keselamatan ni utk berkhidmat pada masyarakat. Bila ada keperluan apa salahnya anggota turun meluangkan masa utk berkhidmat pada masyarakat kan? Kerja yg murni memang patut digalakkan.

ooooo.. anak imam rupanya. Kalau awak bela anjing nanti tak pasal2 kena tomahan. Melayu ni alergi sikit pasal anjing. Saya faham sgt-sgt situasi awak tu. Apa2 pun KiTTuN turut berasa gembira dgn keinginan awak. Ada peluang nanti cubalah membela. sekurang-kurangnya niat dan hajat awak itu akan terlaksana.


P/s: org2 tua melayu cakap kalau hajat tak sampai, meninggal nanti mata tak tutup rapat. hehe...

happyichigo♥ said...

saya adelah salah satu pengunjung misteri..hehehehhe..

skrg dah tak misteri lagi!

Morpheus and Diana said...

Kak, saya baru jumpa page akak ni. seriously, saya ske sgt2 dgn Husky. Comel~ Gebu~. Pernah gak terlintas nak bela, tp ssh skit nak bela kalau dlm komuniti melayu ni. lelagi saya ddk dikawasan teres yang semua nya melayu. nak tanya, akak beli husky tu brape ye? mahal x?

Nadiah Effendy said...

salam, blogwalking dgn senyuman.
cemburu dgn anda.
husky comel - my wishlist. teringin sgt2 memiliki as a companion.
tp blm mampu lagi nak dapatkannya huhu
one day, insyaallah

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA-MANA PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYALIN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA-MANA INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers