Sunday, May 17, 2009

Tibetan Mastiff Look like Lion



  • Nampak seperti seekor singa yang gagah perkasa rupanya ia adalah seekor anjing dr Tibet. Ermmm memula tengok agak kompius juga, tapi bila baca keterangan dan penjelasan dr pemilik gambar barulah KiTTuN tahu bahawa ia adalah seekor anjing. Sangat cantik sekali terasa teruja untuk memiliki.

  • Di Malaysia memang KiTTuN belum temui siapa yg memiliki anjing sehebat Tibetan Mastiff yg mirip singa ini, kalau ada terasa ingin melihat dengan mata kepala sendiri. Mana tidaknya anjing yang mempunyai wajah mirip raja rimba. Pasti orang akan terkejut bila melihat Tibetan Mastiff ini ada di kawasan rumah seseorang. Pasti 1001 persoalan akan timbul 'Boleh Ke Bela Singa'? heheheh...!

  • Melihat pada bulunya yang tebal sudah pasti ia harus berada ditempat yg dingin dan sejuk. Sesuai ke kalau ia berada di Malaysia dengan iklim yg panas & lembab ni..? Mungkin kalau betul2 ingin memiliki anjing ini haruslah diletakkan di dalam bilik aircond 24jam. Alamak mampu ke nak sediakan semua itu. Tibetan Mastiff adalah anjing yang besar 'Large Breed' yg sama besar dengan seekor singa.



11 comments:

emrullah said...

indahnya ciptaan Allah kak..tak penah nampak..thanx for sharing

D.L Sumunie said...

Belum pernah tgk anjing jenis ini.teringin juga nak tgk depan mata. kalau nak bela kat msia ni tanpa aircond kena lah trim bulu ala2 singa tu.. he he he

umi_e said...

baru ni kak e tengok... gambar pun belum pernah tengok lagi... nanti nak tunjuk kat anak2 kak e :) mereka pasti suka dan menambahkan lagi pengetahuan mereka tentang haiwan ;)

KiTTuN said...

Salamz,
Emrullah: Ya ciptaan Allah swt sgt hebat semoga kita sentiasa membesarkan kebesarannya.

D.L Sumuni: A'aa kena trim bulu. Rasanya kalau bulu di badan saja di trim di bahagian kepala di biarkan panjang pasti ia akan nampak lebih kepada singa yg asli.

Umi.E: Saya hanya berkongsi dengan kawan2.

aKu buDaK CiWeK said...

~kat manila nie i ada nampak org bawak kat shopping complex..siap 2 ekor lagi..semua orang tgk..memang nampak macam singa betul..bulunya gebu sangat-2..bersih.
kat sini org pinoy takder nak usung kucing...semua usung anjing..macam-2 pesen ada..pakai baju macam fesyen show,siap dgn pampers tue..

Zamani84 said...

Yg no 5 tu.....
Comel yang amat!

Miss Canabiss said...

pernah nampak semasa di melbourne. memang teramat besar

Amilia said...

kalo xsilap,martha stewart ada anjing mcm ni.

Rozlan said...

Saya pernah tengok anjing nie, mak ai...memang besar betul la...masa terserempak pun memang terkejut la coz punye la besar badan dia...i jumpe kat pet shop kat jalan klang lama

zeela said...

As'kum... kittun, akk teruja tenguk anjing yg mcm singa tu, rasa mcm nk je photonya, blh ke?, minat sgt....

KiTTuN said...

sila2 ambik lah yg mana akak suka.

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA-MANA PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYALIN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA-MANA INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers