Thursday, February 5, 2009

MKI & kittun mengheret Blogger ke mahkamah?????

Klik untuk besarkan image

MKI & kittun mengheret Blogger ke mahkamah?????

Sukacita dimaklumkan mki dan kittun sedang dalam proses mengenal pasti beberapa blogger yang telah menggunakan foto foto milik kami di laman blog mereka tanpa mendapat kebenaran bertulis mahu pun lisan. Pihak mki dan kittun akan mengemukakan saman berjumlah RM 5 juta kerana menggunakan foto foto milik kami secara haram .

Berikut adalah surat peguam kami untuk penjenayah penjenayah siber yang melanggar hak cipta terpelihara milik kittun dan mki.


Bagaimana pula mereka yang menghina /mencaci/memaki MKI dan kittun???

Untuk mereka yang menghantar komen ke blog kami dengan menghina@ memaki@ mencaci kami, peguam kami sedang menyiasat latarbelakang mereka yang berkenaan dan surat saman akan difailkan terhadap mereka yang terlibat. Walaupun foto foto milik kami tidak diguna pakai diblog atau ruang-ruang forum mereka, apa apa article atau tulisan yang boleh diklasifikasikan sebagai, menghina.mencaci,mengeji dan mengaibkan diblog blog mereka yang berkenaan akan dikemukakan saman berjumlah RM 10 juta .


Semoga Allah SWT Yang Maha Besar lagi Maha Kaya akan berpihak pada mereka yang teraniaya…

Pendakwaan akan didakwa dibawah Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.

16 comments:

peminat husky said...

sebelom ni saya x terpanggil nak mengomen tapi kali ni saya nak mengomen

kittun tak rasa ke tindakan kittun ni mcm over skek



mcm kittun kata,semoga Allah berpihak kepada pihak teraniaya tp saya nak ubah sket semoga Allah berpihak kepada pihak yang benar

wallahua'lam bisawab

kelate said...

bila nya nak heret molot2 sial ni ke court? tak sabar saya nak tgk...forum.cari.com.my yg kuat fithnah....

Anonymous said...

bleh menang ker awak nak fight menang 5 juta sbb gmbr awak n mki digunakan tanpa kebenaran?? tp awak sendirik yg publishkan gmbr awak ke public dan satu dunia bleh tgk. melainkan awak nyer blog hanya org tetentu saja yg view atau hanya awak saja yg nampak dan tetiba org leh dpt gambar awak dan publish di mana2 tu baru senang nak menang. tu baru bleh awak nak heret ke makamah sbb awak tak publickan gambar satu dunia leh view.

Nazihah Adli said...

good luck. bila I blk klate for raya this year nak gi melawat akak la eh. suka sgt tgk husky.. gebu n ebok.. hehehe..

Tujuh Kaki Dalam said...

Assalamualaikum kak.

saya ada entry mengenai anjing kat blog saya dan gambar sebelum ini saya ambil dr blog akak.gambar anjing rottweiler akak.

tapi di sebabkan tak minta izin terlebih dahulu dan sekarang akak nak saman (saya takde rm 5 juta) sesiapa yg copy gambar2 dr blog akak tanpa izin. hu hu. maka gambar rottweiler itu di tukar dgn gambar rottweiler yg lain (tak macho dah gambar rottweiler yg lain tuh).

dan Husky itu memang macho.

he he.

M.K.I said...

salam,

Boleh menang atau tidak bukan untuk kami memutus kan...biar mahkamah yang menentukan nya..
tapi kami percaya Allah SWT akan berpihak pada orang yang teraniaya..

dari email Tuan, Tuan nie peguam atau majistret? atau bekas Hakim....lagi pun peguam india adalah merupa peguam paling berjaya kerana biasa nya peguam berbangsa India ini diberi kelebihan dari segi memutar belit sehingga sering ada penjenayah yang bersalah pun boleh dibebaskan oleh mahkamah...kerana didapati tidak bersalah atau pihak pendakwa gagal membuktikan wujudnya prima facie, jawapan nya iya, kami yakin boleh menang...

seingat kami, kami tidak pernah memberi izin kepada sesiapa untuk menggunakan foto foto kami di mana mana blog...jua
benar orang ramai boleh melihat foto foto di blog kami, tetapi itu tidak bermakna anda boleh mendownload tanpa kebenaran dan seterus nya menggunakan foto foto kami di blog anda dgn sewenang wenang nya.....kerana wujud nya undang undang hak cipta terpelihara....99% pihak kami akan menang kecuali pic itu digunakan oleh jurugambar yang mengambil foto foto berkenaan..tapi bolehkah anda buktikan anda lah yg mengambil pic pic berkenaan dgn camera anda????

Kami rasa pemilik pemilik blog lain terdesak sangat untuk meningkatkan pengunjung pengunjung ke laman blog mereka sehingga sanggup mengadai maruah dan harga diri dan mencurik foto foto milik individu lain. Kami tak faham kenapa anda harus begitu desperate untuk meningkat counter pengunjung ke blog anda..? kan lebih baik , pengunjung melawat ke blog anda kerana hasil tulisan atau foto anda..tapi kalau dah jenis tak ada maruah tuu..jangan kata, foto, article, dan bini orang pun dia akan sapu juga...

walaupun , pihak MKI and kittun memelihara anjing, sekurang kurang nya ibubapa kami telah mengajar kami agar tidak mencuri apa apa jua dari orang lain termasuk hasil karya dan foto foto...

ingat mencuri ialah perbuatan yg sangat hina dan keji di sisi islam…walaupun yang dicuri ialah foto atau hasil karya, kesimpulan nya ialah tetap mencuri…
dah kalau ikut hukum islam, tangan anda semua yang suker mencuri foto foto kami harus dipotong..dan dipancung tangan kamu itu..

MalayMind said...

Assalamualaikum.

Benarlah kata Dr Asri, kita tidak perlu berfesyen pelik kerana itu dilarang.

Begitu juga kiranya mahu memperjuangkan fesyen, sampai terlebih pelik dari budaya orang lain - Lagipun yang diperjuangkan itu adalah masalah furu' bukannya akidah.

Benar, anjing itu dihalalkan tapi dinyatakan secara spesifik, iaitu digunakan untuk memburu dan menjaga ternakan. Kalaulah anjing itu sebenar-benar halal sepertimana halalnya kucing yang dapat dibela di rumah - rumah, Al-Quran sudah tentu tidak akan memberikan had sebegitu.

Nasihat saya, abaikanlah perjuangan sia - sia ini. Sekiranya masih tetap mahu menjadikan anjing itu sebagai kucing dan berkeyakinan, mungkin sepatutnya dijadikan hal anda secara peribadi, bukan perlu dihebahkan.

Usah jadi pelik kerana orang Malaysia tidak mengambil mudah perihal anjing. Menjadi pelik dalam urusan furu' sebegini hanya akan membazirkan masa kita semua.

Hanya Allah Maha Mengetahui.

NA_SR said...

hai... pelik betol la....
ponoh gmbr anjing dlm blog ni
osah botul ghoma ke' anjing..

bwk2 la bolo kijang ko, kudo ko, lombu ko...
ado yo ppaedah eh...

Anonymous said...

Dear Kittun, you might like to read this discussion on dogs.
http://www.scholarofthehouse.org/tloofesfaond.html

Awe adik said...

cik kittun,
semoga tabah mengharungi umpat keji manusia.Masyarakat malaysia ni agak taboo sikit bab anjing ni.

IGNORE!
kalau aku jadi kittun komen-komen mengutuk sure tak approve punya.
aku rasa kittun tak baca kot komen-komen tu. Mungkin juga Click & Publish. Kesian anonymous sekelian penat tulis tapi tiada kesan.

Eniaga_hill said...

Biasanya kita dengar blogger yang didakwa tetapi kini pemberi komen pun tidak terlepas dari hukuman jika melakukan kesalahan

PDRM memang boleh mengesan dari mana datangnya seseorang pelayar internet itu selagi mereka surfing dari ISP Malaysia dengan kerjasama ISP-ISP tersebut. Tak tahulah kalau surfing dengan identiti anonymous iaitu menggunakan web proxy luar negara.

Saya pernah terbaca dalam forum mengatakan PDRM mempunyai pakar-pakar forensik IT. Mereka boleh mengesan segala bukti walau pun komputer telah di format semula. Seperti juga handphone, walau pun sudah didelete sesuatu fail/sms masih ada pakar yang boleh mengoreknya semula.

Jadi, jagalah bahasa kita walaupun hanya memberi komen. Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.

Adhdhaif said...

Assalaamu'alaikum,

ALLAH SWT telah meletakkan kejayaan hidup manusia didunia yang sementara dan akhirat yang selamanya pada dienul Islam.

Dienul Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah Muhammad SAW.

ALLAH SWT mengutus Rasulullah SAW sebagai contoh, sauritauladan yang terbaik bagi kehidupan kita ....

SON GOKU said...

assalamualaikum.kittun dan MKI saya juga memelihara 2 ekor ajing untuk menjaga rumah.rumah saya pernah diserang oleh penduduk taman saya yang kurang didikan agama kerana membela anjing.padahal masa itu hanya ibu saya saja berada dirumah.saya amat geram dengan mereka yang tak tahu mendalam pasal agama tapi mendabikdada tahu agama.saya sokong MKI dan kittun saya harap usaha kittun derahmati allah.kita hendaklah sentiasa kasih mengasihani kepada setiap makhluk allah.abaikan komen mereka yang jahil dan munafik.

emile said...

assalamualaikum.kittun dan MKI saya juga memelihara 2 ekor ajing untuk menjaga rumah.rumah saya pernah diserang oleh penduduk taman saya yang kurang didikan agama kerana membela anjing.padahal masa itu hanya ibu saya saja berada dirumah.saya amat geram dengan mereka yang tak tahu mendalam pasal agama tapi mendabikdada tahu agama.saya sokong MKI dan kittun saya harap usaha kittun derahmati allah.kita hendaklah sentiasa kasih mengasihani kepada setiap makhluk allah.abaikan komen mereka yang jahil dan munafik.

emile said...

assalamualaikum.kittun dan MKI saya juga memelihara 2 ekor ajing untuk menjaga rumah.rumah saya pernah diserang oleh penduduk taman saya yang kurang didikan agama kerana membela anjing.padahal masa itu hanya ibu saya saja berada dirumah.saya amat geram dengan mereka yang tak tahu mendalam pasal agama tapi mendabikdada tahu agama.saya sokong MKI dan kittun saya harap usaha kittun derahmati allah.kita hendaklah sentiasa kasih mengasihani kepada setiap makhluk allah.abaikan komen mereka yang jahil dan munafik.

fitrah said...

Mak dan ayah saye adalah peguam.
dalam bilik diorang banyak buku tentang undang2.
so , saye pun baca gak.

dlm kes ni , Kittun Sepatutnya memperoleh kemenangan. Sebab hakim akan menggunakan law yg betul.

Contohnya ,kalau kite terlanggar mat rempit, pastu mat rempit tu saman kite,kite yg menang sebab mat rempit tu langgar undang2 jalan raya.

mangambil foto Kittun tanpa kebenaran salah dalam beberapa akta.

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENULIS SEBENAR. KEWUJUDANNYA JUGA BUKANLAH UNTUK MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH MANA-MANA PIHAK. JUGA BUKAN UTK MENYENTUH SENSITIVITI SESIAPA PUN. SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYALIN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI HARUSLAH MENDAPAT IZIN DARI PEMILIK BLOG. SEGALA YANG ADA DI BLOG INI JUGA ADALAH HAK MILIK PERIBADI, TIDAK MELIBATKAN, MENGHINA , MEMBURUKKAN DAN MEMFITNAH MANA-MANA INDIVIDU LAIN. SEGALANYA BERPANDUKAN KEPADA PEMILIK BLOG INI SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU

Followers